Pengalaman tengok ladang Harumanis kat Perlis!



Kalau datang ke Perlis, buah tangan yang paling menjadi pilihan mestilah the one and only, Harumanis! Masa Sally ke Perlis 2 minggu lepas, teruja jugak la sebab dapat peluang untuk tengok sendiri ladang Harumanis yang dimiliki oleh penduduk tempatan. Sally pulak kali pertama nak tengok dan makan buah Harumanis ni.

Kalau korang nak tau, pihak FAMA sebenarnya dah menanam pokok Harumanis sejak 20 tahun yang lepas dan kini ditanam jugak di beberapa buah negeri lain tapi malangnya kualiti tak seperti buah yang ditanam di Perlis. Mungkin sebab tahap panas di perlis agak tinggi, jadinya buah ni berbeza sikit kualitinya daripada yang ditanam di negeri lain.



Selain daripada untuk pasaran Malaysia, buah Harumanis sekarang ni turut di eksport ke luar negara. Daripada info yang Sally terima, Harumanis di Jepun boleh mencecah RM80/sebiji! Haaa...macam tu punya mahal dan berkualiti hasil tanaman buah-buahan negara kita tau.

Ladang yang Sally pergi ni milik Tok Wan. Sally pun bahasakan dia Tok Wan je tanpa tau nama sebenar, teruja sampai lupa nak tanya..hahaha..Ladang ni ada kat area Kampung Nesam, di daerah Bintong.



Tengok la tuuu...dia punya ladang 1 hektar pun bukan main byk lg buah...Bayangkan...2,500 biji buah Harum Manis tahun lepas boleh dpt blk pulangan RM18,000!

Sebiji buah Harumanis boleh capai RM10, bayangkan la kalau setiap pokok ada 20-40 biji, dah berapa la pulangan kan...Yang bestnya tak payah tunggu lama tau, Harumanis ni dah mula berbuah dalam masa 2-3 tahun. Ramai juga penduduk tempatan dah mula menanam pokok Harumanis daripada mengerjakan sawah sebab pulangan dia berlipat kali ganda.



Kalau korang ke Perlis atau teringin nak makan Harumanis, korang boleh berhubung dengan Mak Andak (017 - 465 8509). Buah dia memang terbaik dan antara penjual yang memberikan harga yang paling berbaloi pada Sally. Kalau nak murah beli la masa bulan Ramadan..hahaha..sebab harga Harumanis akan turun, lepas tu memang hadap la dia.

Post a Comment

4 Comments

  1. maybe sebab Perlis dekat ngan Thailand n tanah sana sesuai untuk mangga. tu menjadi.. adoiyai la harumanis ni haruuu sungguh. syoklaaa Sally pegi sana makan sedap tuuu..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi rasa Harumanis tapi mahal ya harga dia.

    ReplyDelete
  3. terbaek.. febret ejulz ni. hehe

    ReplyDelete
  4. TB pun tak pernah lagi makan harumanis ni sally.. mesti sedap kan sally.. kalau ada tanah yang subur dan luas nak jugak tanam pokok harumanis ni sebab nK tunggu ber buah pun tak lama sangat. pulangan pun lebih menguntungkan kan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!