Pertama kali Sally berjalan jauh naik keretapi masa darjah 6, masa tu nak ke Singapura. Lepas tu rasanya takde dah naik keretapi, kalau ada pun untuk pengangkutan dalam bandar sahaja macam LRT, MRT dan Monorail.
Bila dapat kesempatan ke Arau naik ETS, teruja dia lain macam..Hahaha..Kalau ikut hati nak lajak terus ke Padang Besar tapi sampai Arau pun dah okay sangat dah. Sebelum ni ada dengar la pasal ETS, tapi mungkin sebab takde kepentingan nak kemana-mana di bahagian utara, jadinya Sally pun takde la nak naik ke apa kan. Salah satu sebabnya ada pengangkutan lain yang boleh dinaiki, tapi kali ni rasa tak menyesal la sebab ada banyak servis dan yang paling penting sekali selesa.
RUANG YANG LUAS, PLUG UNTUK MENGECAS
Tren ETS pada Sally sangat luas dan selesa. Setiap kerusi ada meja kecil untuk letak barang atau pun kalau korang nak gunakan laptop dalam perjalanan. Terdapat satu suis untuk mengecas di bawah kerusi untuk kegunaan semasa di dalam perjalanan. Jadi tak payah risau la kalau lupa bawa powerbank ke, asalkan tak lupa bawak charger la!
Dekat atas bahagian kerusi juga ada rak untuk penyimpanan barang. Jadinya kalau korang risau nak tinggalkan barang-barang dekat rak simpan luggage, boleh letak barangan di atas rak bahagian atas kerusi.
KALAU LAPAR MACAM MANA?
KAN ADA MAKANAN DI JUAL!
KAN ADA MAKANAN DI JUAL!
Di Coach C, ada ruangan bar yang jual makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan. Ada pelbagai jenis pilihan makanan mengikut jadual mereka antaranya Bihun Goreng, Mee Goreng Mamak, Nasi Tomato dan sebagainya.
Kalau korang tak nak makan makanan berat, Sally suggest korang cuba sandwich dan karipap dia. MasyaAllah addictive gila tau. Sedap. Snek ringan pun ada turut dijual. Sambil tu boleh la beli kopi atau Teh Tarik untuk menghayati masa-masa di dalam tren. Hehe.
RUANG SOLAT YANG SELESA DENGAN TEMPAT WUDUK
Kepada umat Islam, jangan risau kalau korang tak selesa nak solat duduk, ada ruangan solat yang disediakan. Yang bagusnya sebab ruangan untuk ambil wuduk pun ada dalam ruang yang sama, jadinya untuk wanita takde la renyah kan.
Ruang ni boleh muat dalam 2-3 orang dalam satu masa yang sama. Ada sejadah, telekung disediakan untuk kemudahan.
TANDAS YANG BERSIH, LUAS
Jangan risau kalau nak kena lepaskan hajat, awalnya Sally pun pernah fikir, kalau naik bas boleh la mintak berhenti. Macam mana kalau naik tren? Itu pemikiran masa zaman jahiliah dulu laa..Hahaha..sekarang dah bijak sikit, Google semua kemudahan yang ada sebelum buat keputusan.
So, untuk tandas yang bersih dan luas, Sally bagi 5 bintang! Haha
Tren ETS juga mesra OKU dan warga emas. Sebelum buat tempahan tu boleh buat request kalau untuk OKU atau warga emas.
Bahagian depan ada meja yang tak attach dengan kerusi, kalau rasa nak selesa makan, buat kerja..Boleh la request kerusi yang bahagian sini. Ada meja yang luas untuk letak barang-barang atau menaip, kalau ada orang kat depan korang kongsi la meja tau..Haha
Untuk maklumat lanjut boleh ke intranet.ktmb.com.my
Jualan tiket perkhidmatan tren ETS bagi perjalanan bermula pada 03 Jun 2018.
Gemas - Padang Besar
Padang Besar - Gemas
Sila klik pautan dibawah untuk jadual perjalanan tren perkhidmatan ETS berkuatkuasa bermula 18 Disember 2017.
Gemas - KL Sentral - Butterworth → Berkuatkuasa bermula 18 Disember 2017
Gemas - KL Sentral - Padang Besar → Berkuatkuasa bermula 18 Disember 2017
Gemas - Butterworth - Padang Besar → Berkuatkuasa bermula 18 Disember 2017
KL Sentral - Sungai Buloh - Ipoh → Berkuatkuasa bermula 18 Disember 2017
4 Comments
Wah.. sally.. baru 1st time naik ETS tapi review padat ni.. siap ada bahagian2 yang sally pi TB tak pernah guna lagi macam coach C yang ada jual makanan tu.. TB yang selalu naik ETS pun tak pernah lagi beli makanan kat coach C tu.. baru tahu gambaran macam mana...thanx sally
ReplyDeleteSeronokkan naik ETS..akak pergi Penang naik ETS je..senang..tambang pun murah kan...
ReplyDeletesyiok ETS memudahkan perjalanan jauh. selesa pun ya.. tapi tingin nak ETS buat coach yang senyap. so sapa dok situ jangan bising..!!
ReplyDeleteBased on gambar-gambar kak Sally ni, not bad lah ETS ni.
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!