SIDANG MEDIA KHAS RAMADAN PPZ-MAIWP 1439H (2018) | Diam tak diam, Ramadan Kareem menjelma kembali buat tahun 1439H (2018). Seperti biasa Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan bertanggungjawab untuk mengutip zakat di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Untuk tahun 1439H (2018), pihak PPZ-MAIWP akan menggunakan tema ‘Ramadan Dinanti Zakat Dihati', jangan lupa terjah #RamadanTerbaik untuk info lanjut sepanjang bulan Ramadan. Jangan lupa tunaikan Zakat Harta dan Zakat Fitrah ya!
Jenis-Jenis Zakat Harta:
↪ Zakat Pendapatan
↪ Zakat Perniagaan
↪ Zakat Simpanan
↪ Zakat Emas
↪ Zakat KWSP/EPF
↪ Zakat Saham
↪ Qadha Zakat
Sempena bulan Ramadan, Zakat Fitrah juga wajib dilaksanakan dan kadar pada tahun ini telah ditetapkan kepada RM7.00 seorang dan boleh dibayar dimana-mana cawangan PPZ-MAIWP.
Selain daripada memberikan sedikit sebanyak info tentang Zakat Harta dan Zakat Fitrah, Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP turut menyatakan 6 saluran pembayaran zakat yang mudah.
6 Saluran Pembayaran Zakat:
i) 11 KAUNTER ZAKAT MAIWP
Dibuka setiap hari (termasuk cuti umum) dari 8.15 pagi hingga 4.30 petang.
➜ HQ PPZ-MAIWP (Dataran Shamelin Perkasa)
➜ Plaza Rah Kg Baru
➜ Masjid Negara
➜ KLSC Wangsa Maju
➜ UTC KL Pudu
➜ Presint 9 Putrajaya
➜ Presint 15 Putrajaya
➜ Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong
➜ Anjung Niaga Masjid At-Taqwa TTDI
➜ Masjid Abdul Rahman bin Auf Jalan Puchong
➜ Labuan Times Square
ii) Portal PPZ-MAIWP juga menerima pembayaran zakat secara online menerusi PFX di www.zakat.com.my
iii) Perbankan Internet, sebanyak 14 bank telah di lantik oleh PPZ-MAIWP untuk memudahkan lagi pengguna membayar zakat.
iv) SKIM THOHIR (Skim Potongan Gaji Zakat) - 'Kebaikkan Menuai Keberkatan'
Yang ni korang kena dapatkan borang 052 terlebih dahulu daripada 11 kaunter PPZ-MAIWP atau portal rasmi PPZ-MAIWP dan ikut langkah-langkah dalam borang tersebut.
v) Autodebit Maybank
Borang autodebit Maybank boleh didapati di 11 kaunter PPZ-MAIWP dan penerangan boleh didapati daripada Talian Zakat 1-300-88-5757.
vi) Bayaran zakat melalui MYEG
Pembayaran boleh dibuat di portal MyEG; www.myeg.com.my
Antara perkhidmatan lain di kaunter PPZ-MAIWP:
➤ Taksiran zakat
➤ Khidmat nasihat berkaitan zakat
➤ Mesin timbangan emas bg kiraan Zakat Emas
➤ Pengiraan manual untuk semua jenis zakat
➤ Menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran
➤ Mendapatkan salinan resit atau penyata pembayaran zakat
Pelbagai jenis cenderahati juga akan diberikan kepada pembayar zakat, salah satunya produk keluaran daripada asnaf yang mendapat bantuan. Untuk maklumat lanjut korang boleh menghubungi Talian Zakat di 1-300-88-5757.
Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan = www.zakat.com.my
Facebook Fanpage PPZ-MAIWP = www.facebook.com/myzakat
Firman Allah SWT
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
Kempen Ramadan PPZ-MAIWP - ‘Ramadan Dinanti Zakat Dihati' #RamadanTerbaik
6 Comments
nice share
ReplyDeleteBaguslah program ni sally,memudahkan orang ramai
ReplyDeleteBerzakat di bln Ramadan, besar ganjaran dari biasa đŸ˜‰
ReplyDeleteBulan Ramadhan bulan ibadah yg punya banyak ganjaran pahalanya. Kalau cukup syarat wajib zakat, haruslah tunaikan zakat,jangan tangguh-tangguh lagi.Kejarlah seberapa banyak kebaikan dan keberkatan di bulan mulia.
ReplyDeleteRebutlah ganjaran pahala melalui berzakat. Rezeki harus dikongsi bersama di bulan mulia bulan ramadan.
ReplyDeleteBerzakat di saluran yang betul dapat membantu asnaf yang layak. Thk u kongsi
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!