Special Olympics Malaysia & 2019 Special Olympics World Summer Games (Abu Dhabi)



Mungkin ramai yang tak pernah dengar atau mungkin kurang tahu pasal Special Olympics Malaysia. Untuk pengetahuan korang, Special Olympics (Malaysia) merupakan sebuah organisasi global yang mengetengahkan atlet yang mempunyai masalah ketidakupayaan intelektual.

Sejak penubuhan Sukan Olimpik Khas pada tahun 1968, bilangan atlet yang mempunyai kecacatan intelektual yang terlibat dengan organisasi ni telah berkembang. Olimpik Khas menyediakan latihan sukan sepanjang tahun bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ketidakupayaan intelektual. Aktiviti tersebut memberikan mereka peluang yang berterusan untuk membangunkan kecergasan fizikal, menunjukkan keberanian & kegembiraan serta mengambil bahagian dalam perkongsian kemahiran.

Antara sukan yang diketengahkan; Badminton, Bocce, Basketball, Floor Hockey, Cycling, Bowling, Swimming, Athletics dan lain-lain lagi. Untuk lebih maklumat tentang mereka boleh ke laman web rasmi www.SpecialOlympicsMalaysia.com atau Facebook Olimpik Istimewa Malaysia

2019 Special Olympics World Summer Games (Abu Dhabi)


Untuk 2019 Special Olympics World Summer Games, yang bakal berlangsung di Abu Dhabi tahun depan, Malaysia akan diwakili 52 atlet dan pegawai dalam tujuh acara sukan antaranya acara sukan rasmi adalah akuatik, olahraga, bocce, boling, bola sepak, ekuestrian dan golf.

Minggu lepas Sally sempat bersama-sama duduk dengan Pengerusi Special Olympics Malaysia (SOM), Nur Azida Daud. Teruja Sally sebab menjadi antara manusia yang paling bertuah dapat dengar sendiri cerita pasal Special Olympics Malaysia, pasal para atlet yang istimewa dan pencapaian mereka dalam dunia sukan walaupun mereka mempunyai masalah ketidakupayaan intelektual.

SOM bercadang untuk menghantar delegasi yang dianggotai oleh 52 atlet dan jurulatih ke Abu Dhabi pada tahun hadapan, tetapi mereka memerlukan dana sekurang-kurangnya RM500,000 untuk membawa sebuah kontinjen penuh kerana setiap atlet memerlukan pembiayaan sekurang-kurangnya RM20,000, termasuk kos jurulatih dan kakitangan sokongan.

'Music is the Universal Language of Love' - Musical Gala Dinner

Bagi mencapai sasaran pembiayaan itu, SOM mengadakan konsert bertemakan 'Music is the Universal Language of Love' dengan kerjasama University of Malaya Symphony Orchestra yang akan mengetengahkan persembahan daripada Zamil Idris dan Juwita Suwito di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, pada 21 April 2018.

Majlis ini akan dirasmikan oleh BYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.

Untuk maklumat lanjut tentang 'Music is the Universal Language of Love' - Musical Gala Dinner, boleh hubungi +6010-557 9787 atau emailkan kepada specialolympicsmalaysia.baru@gmail.com

Post a Comment

3 Comments

  1. Hah kalau Sally xbuat entry nih serius akak pun xtau pasal Special Olympics Malaysia. Tapi bagus juga ada organisasi ni kan at least membantu atlet kurg upaya ketengahkan bakat sukan masing2

    ReplyDelete
  2. Woww, bagus sally. At least ambik tau perkembangan sukan. Emi klu bab sukan ni memang tak tau snagat, haha

    ReplyDelete
  3. Wow..bestnyaaaa Sally dapat jumpa dgn ahli SOM. Must be one of the best experience in life right ?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!