Festival Kebudayaan Perancis; Le French Festival 2018 kembali ke Malaysia!



Le French Festival 2018 (LFF) | Le French Festival 2018 telah kembali ke Malaysia, kali ni lebih besar dan lebih hebat lagi. Kali ni hampir 40 artist akan dibawa ke Malaysia daripada Perancis untuk memberikan persembahan dan membawa budaya Perancis ke Malaysia.

Le French Festival merupakan acara tahunan Perancis yang terbesar dan terkemuka di Malaysia. Seperti tahun-tahun lepas, acara tahunan ini akan mempersembahkan beberapa program termasuk tayangan filem Perancis, konsert muzikal, teater dan persembahan siaran langsung, pesta makanan, dan lain-lain lagi.

Awal minggu ni Sally dapat bersama-sama masa press conference Le French Festival 2018. Untuk pengetahuan korang, Le French Festival (LFF) telah dianjurkan oleh Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia. Selain daripada tu, Sally juga berpeluang untuk menonton antara filem terbaru yang akan mereka tayangkan sempena Le French Festival 2018 yang bertajuk "Back To Burgundy".

H.E. Frédéric Laplanche, Ambassador of the Republic of France to Malaysia

Le French Festival 2018 akan berlangsung selama 5 minggu, bermula pada 12 April sehingga 20 Mei 2018. Apa yang istimewanya, kali ini program yang dianjurkan adalah lebih padat dengan sekurang-kurangnya satu program dijalankan dalam satu hari.

Le French Festival 2018 juga telah merangka banyak program yang mana akan berjalan ke seluruh Malaysia, walaupun majoritinya akan diadakan di Lembah Klang tetapi negeri-negeri lain tidak dilupakan kerana mereka menyasarkan untuk memberikan pendedahan tentang budaya negara Perancis secara lebih meluas. Antara negeri yang akan terlibat ialah Penang dan Johor Bahru.

Special guest and renowned Malaysian Actress, Siti Saleha sharing her affinity she has with the French culture, and her excitement for this year’s Le French Festival 2018.

Le French Festival 2018 kali ini akan mempersembahkan bakat generasi baharu Perancis serta meraikan golongan muda dengan trend dan hiburan semasa terus dari Perancis, termasuk:
↪ Tayangan 16 filem terbaharu untuk Festival Filem (dengan sari kata berbahasa Inggeris)
↪ Persembahan teater secara langsung dan pameran fotografi
↪ Beberapa acara Art de Vivre lazim seperti sesi merasa makanan & minuman bersama Martell, kelas memasak, dan sebagainya
↪ Persembahan beberapa artis muzikal, termasuk kumpulan muzik dengan pengiktirafan antarabangsa dari Perancis,

Dan antara sorotan menarik Le French Festival 2018 termasuk:
♦ ‘Amok’ – adaptasi teater Perancis daripada novel Stefan Zweig (bertempat di Malaysia, pada permulaan kurun ke-20)
♦ Kumpulan rock trio Lysistrata – kumpulan muzik dengan beberapa pengiktirafan dan antara penghibur terkemuka di beberapa festival besar di Perancis
♦ Duo Jatekok, antara penghibur duet muzik klasik dan piano jazz yang terbaik
♦ Persembahan muzikal tentera laut Perancis, Bagad de Lann Bihoué dari wilayah Brittany, dengan 30 pemuzik yang mengalunkan muzik daripada beg paip dan dram.

Jacques Bounin (Director of Alliance Française Kuala Lumpur), Roland Husson (Cooperation and Cultural Affairs Counsellor at the Embassy of France to Malaysia), Siti Saleha (Special Guest and renowned Malaysian Actress), H.E. Frédéric Laplanche (Ambassador of the Republic of France to Malaysia), and Fanny Surzur (Cultural Coordinator of Alliance Française Kuala Lumpur) excited for this year’s edition of Le French Festival 2018.

Penaja
Martell, Etihad, A loft Hotel, Aésop, Château de Lafont, Intermovers, AGS Four winds, Bachy Soletanche, BNP Paribas, Brandt, Colas Rail, Naval Group, NAZA, Thales, Vinci, Equatorial Penang, Escatec.

Rakan
Club Med, JKKN, Damansara Performing Arts Center – DPAC, Gallery des artistes, Golden Screen Cinemas, MaTiC, Malongo, Monin, No Black Tie, Paul, Pavilion Kuala Lumpur, Pisco Bar, Sutra foundation, The Bee, L’Officiel.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.lefrenchfestival.com.my atau laman Facebook rasmi facebook.com/lefrenchfestivalmy...

Post a Comment

18 Comments

  1. Sebelum ini memang dah ada festival French ni ke? Ini baru tahu. Nampak menarik juga programnya.

    ReplyDelete
  2. Menarik.. mmg bagus diadakan festival mcm ni. Setidak2nya kita didedahkan dgn pelbagai filem2 berkualiti dari perancis dan budaya mereka juga. Satu inisiatif yg mmg patut kita sokong juga. Thanks sharing info Sally :)

    ReplyDelete
  3. Akak pernh pegi juga sebelum ni mcm festival gini.. Lps tu tgk cite perancis.. Dh rasa mcm kita kt perancis sbb tetamu yg dtg pn rmi dr perancis hehe.. Rmi juga artis akan dibawa ke msia tu ye

    ReplyDelete
  4. Oooo first time tahu ada event tahunan macam ni. Menarik juga nak tahu tentang perancis. Baru up semangat nak travel ke sana

    ReplyDelete
  5. Seronoknya kalau dapat belajar bahasa Perancis dan dapat berkunjung ke negara mereka. Festival yang boleh memperkenalkan kita tentang budaya negara mereka. Siti Saleha pun ada....teringat shopping dengan Siti Saleha dulu. Ada video di my blog. Sudi2 menontonnya....

    ReplyDelete
  6. Macam best je Sally..sally jumpa sally ni..x amik gambar ngan saleha ke..mesti best persembahan bakat bakat dari peranchis ni kan..akak nak sgt tengok teater

    ReplyDelete
  7. No wonder ada org ajak pergi tgok cerita org perancis hari tu. Tgh berlangsungnya festival kebudayaan perancis rupanya. Baguslah usaha yg diadakan nie, mempelbagaikan lagi bahasa2 lain ke negara kita

    ReplyDelete
  8. Oh sampai Mei. Ada kesempatan, boleh pergi nanti. Teringin nak tengok teater mereka.
    Sesi merasa makanan Perancis tu menarik minat sungguh :)

    ReplyDelete
  9. Fuh, menarik.
    Macam ni baru kita dapat tahu and terdedah sikit dengan movie negara lain selain uk us.

    Macam tak dengar pun dekat mass media pasal ni.. Hurm...

    ReplyDelete
  10. The event has been around for years but I've never really joined in before, maybe this round I should give it a go and check it out.

    ReplyDelete
  11. Baru tahu pasal Festival Le French ni. Sebelum ni gak permah tahu pun. Erm Malaysia dah buat jugak ke Festival macam ni di Perancis ye? Bagi orang luar pula kenal Malaysia secara dekat

    ReplyDelete
  12. bestnya dapat jumpa sally woo...pernah tahu pasal pesta ni tapi tak pernah sempat nak joun.. tapi filem french yg ditayangkan mesti best-best

    ReplyDelete
  13. Tak penah tau pulak ade festival mcm ni hahaha tp skrg mayb dah rmi org french keje kat msia so mayb permintaan ramai kot hehe...anyway tak sabar nak tunggunutk festival mcm ni

    ReplyDelete
  14. I baru tahu mengenai festival le French ni.. macam menarik he nak tahu lebih lanjut. Mungkin bila Ada masa I dapat join la kot

    ReplyDelete
  15. tak pernah dengar pun program ni sebelum ni. macam mana la rupa teater org perancis. bestnya dapat percutian ditaja

    ReplyDelete
  16. tak pernah tahu pun mengenai festival ni tapi banyak juga aktiviti menarik boleh la join nanti

    ReplyDelete
  17. Wow, they coming back in Malaysia with biggest and more French movie. I can't wait to see it.

    ReplyDelete
  18. Oh wow! i wish to catch up with the french movies too.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!