Burger baru McDonald's; Smoky Grilled Beef dan Hot N’ Crispy Chicken.



Smoky Grilled Beef dan Hot N’ Crispy Chicken | Terkejut, itu je mampu Sally cakap...McDonald's memang dah sebati dengan rakyat Malaysia. Bohonglah kata kalau ada yang tak pernah makan McD, sekali mesti pernah.. Sally sendiri pernah bekerja dengan McD hampir 4 tahun sebelum sambung belajar dan Sally mmg sangat kenal dengan semua ramuan yang digunakan, bahkah keju dan rasa patty daging dia pun Sally tau..haha

Burger baru McDonald's; Smoky Grilled Beef dan Hot N’ Crispy Chicken

Pada awalnya dapat invitation untuk review burger ni tanpa tau yang sebenarnya organizer dia ialah McD. Satu per satu menu diberikan kita rasa sampai la dorang reveal dua-dua burger baru yang akan menemui korang pada 26hb Mac 2018!

Memang menjadi betul "penipuan" dorang ni, mana tak nya..Dijemput ke majlis prebiu "restoran barat" yang bakal dibuka, tapi end up rupanya burger terbaru..Memang kelainan daripada prebiu yang biasa yang dilakukan di salah satu store mereka, tapi kali ni dibuat diluar dan yang paling best sekali Sally mmg takde idea langsung pasal benda ni.

Smoky Grilled Beef

Burger Smoky Grilled Beef menawarkan rasa yang mengagumkan dengan kepingan daging lembu digril sempurna, diapit keju Cheddar, sos Chipotle, bawang gril, salad segar dan ban bijan bakar. Pada Sally, sos dan bawang gril tu yang membuatkan burger ni ada kelainan daripada Quater Pounder atau Big N' Tasty, ada bau "smoky" dan rasa salai dia tu yg sedap!

Hot N’ Crispy Chicken

Hot N’ Crispy Chicken yang menampilkan paha ayam rangup diapit ban jagung dengan sos Jalapeño yang membuka selera, keju Cheddar, salad dan tomato segar. Bezanya Hot N’ Crispy Chicken dengan Spicy Chicken McDeluxe terletak pada sos dia...Hot N’ Crispy Chicken menggunakan sos Jalapeño yang pedas menyengat, dengan sambal yang pedas dan tangy dengan ada kepingan cheese serta tomato! More healthy la kan?


Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia’s, Pn. Melati Abdul Hai berkata, “Di McDonald’s, kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki atau memperkenalkan menu yang yang memenuhi selera warga Malaysia dengan makanan yang menepati selera pada harga yang berpatutan. Kami teruja kerana dapat menyaksikan para tetamu kami menikmati hidangan tiga peringkat yang disediakan menggunakan ramuan McDonald’s yang sedia ada yang berkualiti tinggi lagi lazat.”


Menu baru burger Smoky Grilled Beef dan burger Hot N’ Crispy Chicken boleh didapati di seluruh negara bermula dari 26 Mac 2018 pada harga RM 12.95 untuk hidangan ala carte, dan RM 14.95 untuk hidangan set regular yang merangkumi burger pilihan anda, kentang goreng dan minuman ringan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai burger Smoky Grilled Beef dan burger Hot N’ Crispy Chicken, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.

Post a Comment

15 Comments

  1. knapa lah time2 gini depa duk keluar burger baru..k.el tgh diet
    xpelah mujur esok cheat day..bolehlah try yehaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan g esok kak El...26hb baru launch..tak baca ehhhh...

      Delete
  2. My fav all the time 'B U R G E R' ! . Tengoklah bentuk badan i haha XD

    ReplyDelete
  3. Selalu keluar dekat timeline burger 🍔 sedapnya, lama tak makan

    ReplyDelete
  4. Wahh tak sabar nak cuba. Nampak menyelerakan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka daging, Sally suggest yang tuu..sedappp!

      Delete
  5. Ala 26 mac baru release ke? Baru nak ajak suami akak pergi try hari nih...aduh kena tunggu isnin jawabnya

    ReplyDelete
  6. Lama tak g Mcdonals terliur tengok burger tu nampak sedap jah hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt boleh la ke McD minggu depan utk rasa burger yang baru ni!

      Delete
  7. cam sedap nii, tk sabar nak cuba!

    ReplyDelete
  8. nasib takder org jaga anak.. kalo tak dah pergi dah hahahaha

    ReplyDelete
  9. Bila mana mekdi takde kat gemas ni, i feel so sad. Kna cri ni jugak ni.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!