Shopping barangan dapur AEON kini mudah dengan honestbee.



Rabu lepas, pihak AEON CO. (M) BHD. dan honestbee telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membentuk sebuah perikatan perniagaan. Perikatan ini akan membolehkan kedua-dua pihak untuk membangunkan dan membentuk perkhidmatan baharu yang bersesuaian dengan permintaan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah dengan mewujudkan sebuah rangka kerjasama untuk menyepadukan kekuatan masing-masing. Kerjasama tersebut terhasil daripada perkembangan trend pembelian dalam talian dan keinginan kedua-dua pihak untuk terus menyediakan penawaran berinovasi bagi mempertingkatkan nilai kepada rakyat Malaysia.

Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. berkata: “Menerusi sokongan pelanggan sejak bertahun-tahun lamanya, syarikat ini telah bertapak kukuh di pasaran dan meluaskan kehadirannya di seluruh negara. Kami percaya kekuatan perniagaan ini tidak hanya berasaskan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang disediakan, tetapi juga kepercayaan pelanggan dalam jenama ini. Dalam usaha untuk mempertingkatkan nilai kepada pelanggan dengan menjadi sebuah peruncit pelbagai saluran, kami mahu menggabungkan kekuatan syarikat ini dengan kepakaran honestbee untuk mendigitalkan pengalaman membeli-belah pelanggan.”

Mr Shinobu Washizawa, Managing Director of AEON CO. (M) BHD and Ms Marianne Chuo, Country General Manager of honestbee Malaysia (second from right) exchanging handshakes after the official signing of the memorandum of understanding (MoU) witnessed by Mr Hiroyuki Kotera, Executive Director of AEON CO. (M) BHD. (first from left), Mr Poh Ying Loo, Executive Director of AEON CO. (M) BHD (second from left) and Mr Kunimasa Nakamura, Deputy General Manager, honestbee Japan (first from right).

Menambah Nilai Kepada Peruncit Terkemuka

honestbee merupakan sebuah perkhidmatan concierge online dan penghantaran yang mempunyai kehadiran di lapan buah negara. Marianne Chuo, Pengurus Besar Negara honestbee berkata, cara rakyat Malaysia membeli-belah pada hari ini jelas jauh berbeza daripada keadaan sedekad lalu.

“Salah satu pemacu utama bagi kejayaan sektor peruncitan dalam talian adalah penyediaan kemudahan. Sebagai concierge dalam talian yang dipercayai, kami sentiasa berubah dengan masa untuk menawarkan aras baharu kebolehpercayaan kepada pelanggan. Kami menguruskan pergerakan logistik dengan cara paling cekap dan efektif apabila menghantar produk-produk yang merangkumi makanan segar dan barangan kering. Sehubungan itu, kami menantikan jalinan usaha sama yang berjaya bersama AEON CO. (M) BHD.”

Sebagai projek perintis perikatan ini, AEON Mid Valley akan memulakan perkhidmatan pembeli peribadi honestbee, membenarkan pelanggan yang menetap dalam radius 17km dari pusat beli-belah berkenaan menikmati perkhidmatan penghantaran dalam tempoh minimum 1 jam, tertakluk pada kekosongan slot masa, bagi pembelian barangan runcit yang tersenarai.

Washizawa menambah: “Kami amat berbangga untuk melancarkan perkhidmatan ini di cawangan utama kami, AEON Mid Valley. Syarikat kami akan memantau secara rapi maklum balas dan permintaan pelanggan, selain turut membuat pertimbangan untuk memperluaskan perkhidmatan ini dalam aspek lokasi dan penawaran barangan. Saya amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa AEON CO. (M) BHD. akan memperkenalkan lebih banyak inovasi seumpama ini pada masa akan datang.”


“Di honestbee, kepakaran kami terletak dalam memastikan pelanggan menerima pembelian mereka sepantas mungkin. Kami amat berbangga kerana dilantik sebagai rakan AEON CO. (M) BHD. dalam usaha mereka untuk menerokai segmen pasaran perkhidmatan penghantaran berasaskan permintaan ini,” tambah Chuo.

Sebagai tawaran pengenalan, setiap pelanggan dapat menikmati diskaun RM50 dengan perbelanjaan minimum RM120. Bagi menikmati manfaat tersebut, pelanggan baharu perlu memasukkan kod promosi “AEON50HB” untuk penebusan yang dibuat sebelum 1 Mac 2018.

Sally dah shopping dekat AEON dengan gunakan khidmat honestbee, best sebab mudah je..Cuma barangan yang ditamawarkan agak limited dan ada yang Sally nak beli takde dalam talian..hahaha...untuk bahagian penghantaran, Sally sangat berpuas hati. Rider yang hantar tu siap call dan WhatsApp untuk bagi tau kat mana dia ada. Cuma yang Sally ralat dekat shopper yang sediakan barang Sally, sebab ade yang tak disertakan dalam tu...Macam bengang la jugak, nasib baik customer service dorang pantas. Overall okay la servis dia tapi depends dekat korang la..kalau suka virtual, maybe sesuai..

Post a Comment

16 Comments

  1. semua mudah da skarang kan hujung jari jaa hehe..

    ReplyDelete
  2. Wah... Menarik..makin mudah nk shopping skrg kan.. First time dgr honestbee..hehhe

    ReplyDelete
  3. Wah, bole beli on9 ye brg aeon senang nya

    ReplyDelete
  4. Menarik dan amat memudahkan org ramai..tp ni area2 sana je la kan yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni start dengan AEON Mid Valley dulu..mana tau akan datang kat tempat luar Lembah Kelang kan?

      Delete
  5. Wahhh best ni...xyah p aeon dah no..jimat dah

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Iye kak...beli kat AEON dan honestbee akan jadi pengantarnya :)

      Delete
  7. Eh.. honestbee tu x pernah dgr tp mudah la klu dh cmni kn

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni jual beli makin bertambah senanglah.. Semua hujung jari

    ReplyDelete
  9. Hinestbee ni bagus..sebelum ni beli brg dapur..wah sekrg aeon pun ada..terbaikla

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni pun mmg brg dapur je ada..hahaha..

      Delete
  10. mmg seluruh malaysia ke? klu seluruh msia blh orderkan utk mak ayah sekali brg2 dapur semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni start dengan AEON Mid Valley dulu, covered 17km dalam radius dari Mid Valley..akan dikembangkan lagi masa hadapan :D

      Delete
  11. Buat masa ni start dengan AEON Mid Valley dulu..akan datang kat tempat luar Lembah Kelang...dan lain-lain lagi

    ReplyDelete
  12. Iday memang guna honestbee ni, beli barang masak kja dekat bukit bintang. sekarang dekat area rumah belum ada lagi. tapi kalau dah colaborate dengan aeon ni, mesti akan datang ada dekat area rumah. tak sabar. hehehe

    before ni selalu order guna tesco sebb tu je yang ada dekat area rumah. cepat2 la honestbee available dekat kawasan rumah ye sebb lagi suka beli barang dekat aeon. hehehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!