Jom Berzakat Dengan KEMPEN YEZ 2017 Kelolaan PPZ-MAIWP


Penghujung tahun, disamping kita sibuk dengan persiapan anak-anak nak kembali ke sekolah, sibuk dengan perancangan nak bercuti sempena cuti sekolah, sibuk dengan kenduri kendara saudara mara terdekat yang nak mendirikan rumahtangga...Jangan lupa dengan kewajipan yang satu ni..berzakat.

Kalau korang nak tau, PPZ- MAIWP sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat dan dengan itu, Kempen YEZ telah bermula sehingga 31hb Disember!!

Kempen YEZ (Year End Zakat) telah dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat lebih peka berzakat sebelum berakhir tahun 2017. Kempen ini diadakan selama 1 bulan, bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017. Bagi menghargai para pembayar zakat, pelbagai cenderahati istimewa menanti dan juga berpeluang memenangi cabutan bertuah.


Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum bermula dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang. Pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi - 8.00 malam.

Antara keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat sempena Kempen YEZ iaitu pemberian cenderahati khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP seperti CD MAU’ IZATI oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Kalendar Meja Tahun 2018 (mengandungi jadual waktu solat), dan Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP serta hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP. Yang best sekali, akan ada 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017!! Gila best kan?

Untuk menarik minat kanak-kanak pulak, turut ditampilkan maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017. Macam-macam aktiviti ada kan?

Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, korang boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.

Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

Post a Comment

9 Comments

  1. Menarik, ada aktiviti untuk tarik minat anak anak. Thanks sharing kak sally :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! Dah xde la alasan Mak ayah tak nak pi byr zakat sbb susah la ape laa kan

      Delete
  2. lagi suka bayar zakat guna online banking..lebih senang. takot terlupa, bayar monthly..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lebih baik! Tp biasa laa...ade manusia yg saje nak lupa..hehe

      Delete
  3. bagus kan sekarang dah boleh bayar zakat dekat mana2 sama ada online banking. konvensional dan mobile bergerak. kena langsaikan zakat sebelum akhir tahun supaya harta kita lebih berkat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kemudahan dah ada untuk Pembayar jadi jgn sia-siakan... bayarlah segera, mana tau menang hadiah cabutan betuah

    ReplyDelete
  5. Senang dah nak bayar zakat..online je..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!