Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari ke petang, kadang-kadang tu haruman tu dah mulai menghilang sebab peluh dan bau badan sepanjang hari.
ENCHANTEUR baru-baru ni telah memperkenalkan wangian terbaharu; ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml, muat dalam beg tangan tau!
Dilancarkan dalam empat variasi wangian, wanita kat luar sana mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah/Sarawak), di Watsons, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh Malaysia.
20 Comments
Comel je,mudah nak dibawa kemana-mana...
ReplyDeleteKan! Sally pun letak dlm handbag!
DeleteMmg convenient, my favourite is belle amour :*
ReplyDeleteKak Sally prefer Adore lagi..kadang² pakai Jolie
DeleteTahan lama tak Sally? Hari tu mak ada try bau kat Watsons, paling wangi warna purple la kot 😂
ReplyDeleteAt least 8 jam la Mak..so far..yup! Yg tu Adore..favorite kot!
DeleteBest ada minyak wangi kecil macam ni senang bawa pergi mana letak dalam beg.. Suka yang warna pink.. Sbb dah biasa pakai dendorant dia.. Hihihihi
ReplyDeleteI suka gila haruman echanteur ni. I siap kasi dekat mak I lagi wee :)
ReplyDeletelawanya botol dia sekarang ye. selalu belikan perfume untuk anak2 teruna je. akak rambang mata nak pilih untuk sendiri.. next time nak try la echanter ni utk diri sendiri.
ReplyDeleteGegadis makin wangi la pasnie sebab yang ni senang nak bawa ke mana sahaja kan.
ReplyDeleteTB suka sangat keempat-empat bau ni.. semuanya harum.. hari tu adik mintak satu.. TB rasa sayang nak bagi.. hahahaha.. tapi yelah.. tak salah berkongsi keharuman dengan yang tersayang.. betul tak
ReplyDeletealahai, comel sangat packaging minyak wangi ni. Huda mmg suka bau minyak wangi brand enchantuer, harga pun mampu milik
ReplyDeletezaza baru tahu nama dia terrarium..biasa panggil kaca hiasan je..cantikkk..kalau reti buat boleh jual ni
ReplyDeletezaza baru tahu nama dia terrarium..biasa panggil kaca hiasan je..cantikkk..kalau reti buat boleh jual ni
ReplyDeleteSuka dengan wangian enchanteur. Lagi suka bila boleh bawa pergi mana-mana dengan pocket size ni
ReplyDeleteSenang nak bawa kemana aje. Lagi best saiz camni. Sebab semua bau saya bawa sekali dalam bag. Ikut mood nak tukar bau kan. Hehe
ReplyDeleteI have this four perfume and I like all the scent. Come in small and attractive packaging.
ReplyDeleteSenang nak bawak travel sumbat tepi2 beg je, setel..hehe
ReplyDeleteMasuk je dlm handbag kan.senang citer..x yah risau kalau lupa pakai perfume..well semua tu dh selamat bg kat Dania
ReplyDeleteharga pasaran berapa
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!