Traveloka kembali dengan flight campaign - Make 11.11 Fly!


Hujung tahun...ada yang terfikir cepatnya masa setahun dah nak berlalu...ada pulak yang fikir...kemana destinasi seterusnya untuk kaki melangkah...Kaki Travel macam Sally...pendek kata mmg susah la rasa nak stay kat Kuala Lumpur tu diam-diam...asal ada duit lebih sikit dalam akaun bank je cari tiket flight murah..hahahaha...

Travel...ramai orang cakap takde duit nak travel...takut nak travel..tak tahu nak travel tapi teringin...Sebenarnya nak travel bukannya kena ada duit berkepuk kepuk dalam poket, ada emas bertan-tan dalam simpanan tapi kena bijak..Bijak memilih lokasi, bijak buat pilihan mengikut budget yang kita ada. Tapi jangan salah tau, berjimat tak semestinya kena cut semua benda yang lain...bukannya kena had kan semua benda...kurangkan tempat untuk di kunjungi..tapi kena bijak maksimumkan keseronokkan dan dalam masa yang sama boleh berjimat..

Disebabkan bila bercakap pasal hujung tahun, jadinya kena la ambik kesempatan untuk dapatkan pelbagai promosi percutian akhir tahun yang ada...walaupun orang kata, hujung tahun merupakan masa harga melambung naik sebab cuti sekolah panjang dan cuti-cuti umum yang akan datang, tapi pada Sally...banyak promosi hujung tahun yang kita boleh dapat kalau pandai dan rajin nak cari...

Dan selalunya, bulan November...tarikh keramat 11.11 akan menjadi tarikh yang menjadi igauan kaki shopping online sebab ada banyak promosi yang akan dijalankan...tak cukup dengan itu, berpusu-pusu la laman web semua nak menyediakan harga yang paling rendah supaya lebih ramai pelanggan yang akan memilih laman web mereka. Kalau search kat Google, sebenarnya ada banyak cara nak cari pakej percutian, hotel, dan macam-macam lagi...selain daripada memilih pergo dengan agen pelancongan, kita sebenarnya boleh plan sendiri percutian kita kalau nak jimat.. Sally selalunya lebih prefer untuk guna Traveloka bila nak mencari tiket flight atau booked hotel (www.traveloka.com/en-my/).. Korang pernah dengar atau guna Traveloka tak?

Traveloka ni merupakan salah satu laman web yang memudahkan kita cari semua benda dalam satu klik…Haaa…mesti nak tau macam mana kan? Dengan Traveloka, korang ada banyak pilihan hotel, penerbangan atau promosi untuk kedua-duanya...dalam masa yang sama korang jugak boleh dapatkan pelbagai maklumat tentang negara atau kawasan yang bakal korang lawati…dan yang paling best Traveloka akan suggest beberapa tempat pelancongan yang ada berdekatan dengan hotel yang korang pilih…So, takde la nanti korang terkontang-kanting fikir..mana nak pergi..ini sangat sesuai la dengan orang yang nak travel tapi malas nak buat research..haha


Haaa...berbalik kepada cerita pasal tarikh keramat 11.11, Traveloka kembali dengan flight campaign - Make 11.11 Fly! Dengan tempahan penerbangan untuk dua orang atau lebih, korang boleh dapat hampir 20% lebih diskaun. Dah la harga memang harga promosi, dapat pulak lagi tambahan diskaun...memang jimat berbaloi la kan!

Rambang mata tau nak mencari lokasi yang sesuai dengan kehendak kita…lagi stress bila banyak sangat promosi yang membuatkan hati berbelah bahagi nak pilih yang mana…Ikut hati nak je ambik semua yang ada…tapi kena sedar diri la sebab baki dalam akaun tu makin susut bukannya makin bertambah..hahahaha…kang ada yang bercuti naik flight asal landing je kang nanti..

Tapi korang jangan bersenang lenang sangat tau, sebabnya flight campaign - Make 11.11 Fly! Hanya berlangsung TIGA HARI SAHAJA! Ya, korang tak salah baca...memang tiga hari je..hanya pada 10,11 dan 12 November 2017! Korang boleh beli tiket pergi dan balik kemana-mana lokasi dalam dunia ni...dan dengan harga promosi!

Yang ini yang Sally nak kongsikan dengan korang...pertama sekali...pilih lokasi yang bersesuaian dengan bajet yang korang ada...Contohnya kalau ada bajet dalam RM1,000...Boleh cuba yang dekat-dekat macam Bangkok, Jakarta, Phnom Penh, Singapore, Manila atau atau kalau ada lebih, mungkin boleh cuba ke negara yang jauh sikit macam Korea, Jepun, Taiwan atau kalau nak destinasi lain in case kalau nak cari lokasi yang lain daripada yang lain, boleh cuba Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Benin, Bosnia & Herzegovina, Brunei, Cambodia, Chile, Comoros, Cyprus, Djibouti, East Timor, Egypt, Eritrea, Fiji, Georgia, India, Iran, Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Laos, Lebanon, Macedonia, Maldives, Mongolia, Myanmar, Nepal, New Caledonia, Oman, Pakistan, Palau, Papua New Guinea, South Africa, Sudan, Tanzania, Uganda, dan lain-lain lagi... atau mungkin boleh buat Europe trip? Who knows!

Kalau tak nak ke luar negara, boleh je Cuti Cuti Malaysia! Lagipun apa kurangnya Malaysia kan? Masih banyak benda yang kita boleh teroka dan cari....dan kalau korang nak tau, kat Malaysia ni sahaja ada hampir 3,506 buah hotel yang kita boleh cari di Traveloka...bayangkan macam mana rambang mata Sally nak pilih hotel yang sesuai...

Sally selalu tengok tiket kapal terbang dan hotel dekat aplikasi Traveloka...sebabnya dekat Traveloka, semuanya ada...nak tengok flight dalam negara, flight luar negara serta hotel dalam dan luar negara. Dengan Traveloka, akan ada banyak pilihan yang diberikan dan kita boleh pilih mengikut bajet yang kita ada... Traveloka akan berikan harga yang terendah dan membantu kita untuk lebih jimat...Buat apa nak check setiap satu website, guna Traveloka dah boleh check, tempah dan bayar dalam satu klik je!

Kepada korang yang tengah planning nak bercuti, korang kena ambil peluang flight campaign - Make 11.11 Fly! Ni..sebab memang berbaloi...lebih penjimatan, dan lebih telus... Lagipun, di Traveloka mempunyai banyak rakan niaga daripada syarikat penerbangan, contohnya macam AirAsia, Malaysia Airlines, Tiger Air, Vietnam Airlines, Lion Air, Malindo Air, JetStar, Garuda Indonesia, Silk Air, China Southern Airlines, Nok Air, All Nippon Airways dan macam-macam lagi laa...jenuh nak menaip semua syarikat penerbangan yang ada..pendek kata, semua syarikat penerbangan yang terlintas kat ingatan korang tu mungkin merupakan rakan niaga Traveloka dengan lebih 100,000 laluan di Asia Pasifik dan juga Eropah..hahahaha...sampai macam tu sekali kan! Sally pun tgh menanti ni sebab nak tengok flight tiket ke Manila dan Osaka..hahaha...nak pergi tengok konsert CNBLUE! Hahaha!!

Terdapat pelbagai cara untuk membuat bayaran...antaranya menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, Online Banking, ataupun yang terbaru ni...hanya menggunakan MOLPay di mana-mana cawangan 7-Eleven yang berdekatan dengan korang.

Huihhh! Tak sabar rasanya nak tunggu kempen ni...kurang daripada 2 hari je lagi nak kena tunggu...Harap-harap tak terlepas peluang nak grab tiket flight..kita tengok yang mana murah, kita grab dulu...nanti dah ada tiket...secara automatic la all the preparation will be done..hahahaha...Tak payah nak fikir panjang...bukannya selalu promosi macam ni datang...bila dah ada tu kena la laju-laju grab..Korang jangan lupa mark kalender korang dan sila pastikan jangan shopping mana-mana sebelum beli tiket kapal terbang..Jangan la Sally sorang je yang excited..hahahaha..

Jadi, nak travel kena berani dan bijak...So, kalau nak jadi bijak, TRAVELOKA DULU!

Save the date, mark your calender and bookmark this link (www.traveloka.com/en-my/promotion/1111)

Post a Comment

0 Comments