Korea; satu-satunya negara yang Sally rasa Sally ulang alik dari Malaysia ni macam balik kampung...bukan nak riak ye..tapi Sally suka nak kongsi dengan korang..Walaupun dah menetap hampir 5 bulan kat Korea, tapi actually banyak lagi tempat yang Sally tak dapat nak teroka..dan salah satunya; DAEGU.
Daegu terletak di utara Gyeongsang dan di Daegu, korang boleh hayati "Twelve Views of Daegu" yang dicadangkan kepada pelancong untuk menikmati keindahan Daegu...selain daripada tourist attraction seperti Gunung Palgongsan, Gunung Biseulsan (sangat cantik masa musim bunga sebab akan dipenuhi bunga Azalea), Sincheon Stream, Suseongmot Lake, dan macam-macam lagi...Daegu jugak terkenal dengan makanan yang sedap-sedap...Untuk penggemar makanan Korea macam Sally, makanan-makanan macam Kalguksu, Muchim Hoe atau Bulgogi Ikan Buntal memang buat Sally excited nak jengah Daegu!
Rasanya korang mesti dah tau yang Korea Selatan akan menjadi tuan rumah untuk 2018 PyeongChang Winter Olympic kan? Baru-baru ni Sally ada terbaca pasal PyeongChang KORAIL PASS; satu pas eksklusif untuk memperingati acara sukan musim sejuk yang akan berlangsung pada Februari - Mac 2018. Pas ni boleh dibeli sehingga 10 Disember 2017 dan boleh digunakan dalam masa 5 hari atau 7 hari, mengikut pilihan yang korang beli dan sah untuk hari yang berturut dari 1 Februari 2018 hingga 25 Mac 2018.
Pemegang pas boleh menggunakan KTX dan kereta api yang dikendalikan oleh Korail lain dengan bilangan waktu yang tidak terhad bagi perjalanan Korea termasuk PyeongChang dan Gangneung dalam tempoh masa yang dipilih. Antara KTX dan kereta api yang boleh korang gunakan termasuklah KTX, KTX-Sancheon, ITX-Saemaeul, ITX-Cheongchun, Samaeul, Mugunghwa, Nuriro, tren komuter, dan 5 tourist belt trains (O, V, S, G, A, DMZ-Train)
Jangan risau sebab pass ni memang dikhaskan untuk pelancong dan kita takkan perlu berebut dengan penduduk tetap Korea. Jadinya memang takkan ada masalah la nak plan percutian korang..Selain daripada korang boleh naik KTX, korang juga entitle untuk city tour bus disekitar Seoul, Busan, Jeju, Incheon, Gyeongju, dan Daegu secara percuma!
Untuk maklumat lanjut pasal pass ni korang boleh tengok dan tiket boleh dibeli di laman web (www.letskorail.com/pyeongchang)..Tak sabar nak tengok 2018 PyeongChang Winter Olympic tahun depan tapi Sally paling tak sabar nak teroka Daegu!
22 Comments
Kita pun teringin nak pergi Daegu juga. Masa hari tu pergi Korea, ada Korean ni ajak pergi Daegu. Dia sanggup nak jadi tour guide for a day but too bad masa tu dah dekat Chuseok. So kitaorang cancel je the plan :(
ReplyDeletebila la kak liya nk g korea niii,,, sobsob ....
ReplyDeleteBestnya kak.kita nak pergi juga satu hari nanti :D
ReplyDeleteSeronoknya baca cerita tentang korea. Kena bagi cukup tabung ni ..teringin jugak.
ReplyDeleteSempat ke korea tahun 2012 tu pun banyak xsempat cover. Menarik juga pass ni untuk jalan jalan
ReplyDeleteAkak duk sana dah ? Wa... Best nya. Teringin nak pergi korea
ReplyDeleteYa Allah best nya Sally..
ReplyDeleteAS teringin sangat nak gi korea. Bila lah akan tiba masa nya tu yer
bila next trip ke korea?
ReplyDeletebestnya kak. bilalah reseki saya pulak nak ke korea
ReplyDeleteNi yang rasa nak fly ke korea je sekarang ni.. hope one day.. kumpul duit dulu.. hehe.
ReplyDeleteRindu lah nak pg Korea lagi. tak explore sgt pun kat sana! rindunyaaaa
ReplyDeleteSaya Pakai ktx dari Busan ke Seoul dalam rm300
ReplyDeleteTak pernah lagi sampai Korea. Bestnya ulang-alik macam balik kampung yer.
ReplyDeleteTak pernah gi lagi korea. Mesti best kan. Klu nk gi nanti, kena tanya Sally ni. Dah macam kampung sendiri dah kan?
ReplyDeleteSis mampu berangan je lah sampai sane sally. hehehehe.. best sgt tgk. view lun cantik².. Hope ada rezeki sis sampai sne. Tapi dalam mimpi dah selalu. heheheh
ReplyDeleteThanks for the tips, nxt time I know what to buy.
ReplyDeleteKaki ni belum lagi jejak negara korea . Teringin jugak nak travel sana . Doakan CCL dapat pergi sana juga . Terima kasih hasil entri yang berinformasi sedikit sebanyak dapat jugak info tentang apa yang ada di negara korea ni
ReplyDeleteBelum pernah sampai korea. Tapi korea tetap dalam wishlist. 1 day akan sampai sana jugak
ReplyDeleteWow... 2018 nak pi Korea lagi.. Nice sharing tips boleh follow tips nnt !
ReplyDeletetak pernah pi korea lagi, not K-pop fans so korea still okay okay je for me. haha but you are right, korail pass memang can save a lot if we are traveling here and there.
ReplyDelete4D3N Star Cruise 2017
last skali pergi korea tahun 2003..haha.. pasni kena join sally gi korea la plak
ReplyDeleteI nak pergi KOREA......... tapi nak pergi under sally can ah ?
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!