Tayangan MyHalal TV1 - Menu Antarabangsa


Penghujung Januari yang lepas, Sally terima panggilan untuk menjadi salah seorang panel untuk program bual bicara, MyHalal, dengan kerjasama JAKIM dan RTM. Kalau belum baca, boleh la jengah entri Sally sebagai tetamu jemputan untuk program MyHalal JAKIM x RTM.

Akhirnya selepas 3 minggu, episode Sally dengan tajuk "Menu Antarabangsa" akan ditayangkan pada 15 Februari 2017 hari Rabu, 6.30pm di TV1. Hehe...walaupun la Sally agak merapu je jawab soalan, sudi-sudi la tengok tau nanti...

Info Program MyHalal JAKIM x RTM


MyHalal merupakan program terbaru kerjasama RTM dan JAKIM untuk memberikan info tepat lagi benar berkaitan dengan segala perkara yang membabitkan status HALAL dan peranan JAKIM. Episod yang ada Sally sebagai tetamu jemputan ni membawa tajuk "Menu Antarabangsa"

Rancangan MyHalal JAKIM x RTM ini bersiaran setiap hari Rabu di saluran TV1 jam 6:30 petang.

Post a Comment

6 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!