Hadith Rasulullah S.A.W
" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi
Mengeluarkan zakat tu merupakan salah satu kewajipan yang wajib kita sebagai umat Islam tunaikan…Allah sendiri telah menetapkan mengeluarkan zakat itu dalam salah satu rukun Islam (yang ketiga) yang mana perkara wajib pada kita sebagai umat Islam…Seorang Muslim yang memiliki harta yang telah mencapai nisab dan syarat-syarat wajib keatasnya, maka jatuh hokum wajib baginya menunaikan zakat.
Di Malaysia kita ada banyak badan yang menguruskan zakat..Bermula daripada penerimaan bayaran zakat sehingga pengagihannya kepada mereka yang layak untuk menerima...Salah satunya ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Cadangan untuk penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat di Wilayah Persekutuan telah dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP); Tan Sri Dr. Yusof Noor.
PPZ-MAIWP akan menguruskan pungutan zakat harta di ketiga-tiga kawasan dalam jajahan Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Dalam kehidupan kita yang serba canggih ni, ada pelbagai jenis platform yang dirangka bagi memudahkan urusan pembayaran zakat. Antaranya secara online di laman web atau perbankan atas talian, kaunter zakat yang terpilih, Skim Thohir (Bayaran secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual) dan yang paling mudah, Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP.
Sesuai dengan “tagline” nya, “Kami Bersedia Ke Tempat Anda”; Kaunter Zakat Van Bergerak merupakan salah satu platform yang telah diusahakan oleh pihak PPZ-MAIWP bagi membantu umat Islam di sekitar Wilayah Persekutuan untuk membayar zakat..Terdapat sebanyak 7 lokasi tetap Kaunter Zakat Van Bergerak :
I. Jalan Tunku Abdul Rahman, KL
II. Jalan Dungun
III. CIMB Bank Setiawangsa, KL
IV. KWSP Wangsa Maju
V. Masjid As-Syakirin, KLCC
VI. Menara Binjai
VII. Perbadanan Putrajaya
Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP ini dilengkapi dengan kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan SEMAKAN. Pembayaran juga boleh dengan menggunakan TUNAI, KAD KREDIT ISLAMIK, KAD DEBIT dan CEK. Selain itu juga, Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP ini juga turut menawarkan perkhidmatan khas kepada individu yang ingin membuat pembayaran RM10,000 dan ke atas. Pendek kata semua urusan boleh dilakukan disini.
Untuk maklumat lanjut tentang fungsi PPZWP dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :
1. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan = www.zakat.com.my
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) = www.maiwp.gov.my
3. Facebook Fanpage PPZ-MAIWP = www.facebook.com/myzakat
4. Pusat Panggilan PPZ-MAIWP (pertanyaan berkenaan pembayaran zakat) talian = 1-300-88-5757
5. Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP = https://www.facebook.com/baitulmal.wp
6. Pusat Panggilan Baitulmal-MAIWP (pertanyaan berkaitan agihan,bantuan,aduan) talian = 1-800-88-5222
Firman Allah SWT
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
2 Comments
Sekarang dah ada banyak cara nak bayar zakat. Lebih memudahkan jadi tak ada lagi alasan tak sempat nak bayar dan sebagainya :D
ReplyDeleteBetul tu Nani...skrg ni terpulang kepada diri sendiri..nak byr atau tak..tu je
DeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!