Anabelle Boutique, Puncak Alam | Sekarang ni butik vendor mmg dah menjadi trend kan..? Yang bestnya pasal butik vendor ni ialah benda yang selalu kita boleh beli online, sekarang dah boleh beli secara virtual...Kita boleh tengok material, boleh pilih cuba dulu dan bila dah puas hati baru beli...
Sabtu lepas, kebetulan Sally mmg ada kelas kat Puncak Alam...so, sebelum ke kelas...Sally sempat la lari kejap ke Majlis Pelancaran Produk & Jualan Akhir Tahun (YES) Pakaian Muslimah di Anabelle Boutique, Puncak Alam. Kalau korang nak tau..kat butik ni ada hampir 25 vendor yang mmg sangat popular termasuklah Marykay, SeQyBeauty, @hijabsistabyfinas dan banyak lagi laa...
Selain daripada barangan vendor, Anabelle Boutique juga ada melancarkan produk mereka sendiri tauu...Masa majlis tu, pengasas kepada Anabelle Boutique; Puan Nabila Syazwani sempat jugak menceritakan 3 produk utama Anabelle Boutique yang terbaru....
Anabelle Boutique telah mengeluarkan 2 koleksi pakaian wanita muslimah dan juga pomade bagi jejaka kat luar sana...Kena sangat la dengan trend zaman sekarang kan....Yang bestnya, koleksi pakaian dorang ni mmg sesuai untuk ke pejabat ataupun untuk bersantai....
Dua gambar kat atas ni koleksi pertama Anabelle Boutique; BONITA PANT SUIT SERIES.
Baju ni sepasang, ada baju dan seluar yang didatangkan dengan tona dan corak yang sama...ada 5 pilihan corak dan hanya exclusive dikeluarkan hanya untuk Anabelle Boutique. Menggunakan material Heavy Lycra, baju ni didatangkan dengan 4 saiz; Size XS,S,M,L.
Harga : RM 249.90
Haaa! Yang ini pulak...
Exclusive Trapeze Printed Dress; CHARMAINE Dress
Dress ni cantik tau...Gabungan warna-warna soft dalam susunan simple and random abstract pattern ni memberi perwatakan lembut dan elegant kepada pemakainya.
Trapeze cut dress ni didatangkan dengan lining khas untuk memastikan dress tidak jarang. Material 100% polyester, berat dan exclusive sangat. Sudah semestinya nursing and wudu' friendly. Dress ni didatangkan dengan 5 saiz; Size XS,S,M,L,XL.
Harga : RM 249.00
Pada Majlis Pelancaran Produk & Jualan Akhir Tahun (YES) Pakaian Muslimah di Anabelle Boutique, tuan rumah menjemput Tasha Manshahar sebagai tetamu jemputan untuk membuat persembahan sempena pembukaan butik mereka. Tengok la...cantik kan pengasas kepada Anabelle Boutique; Puan Nabila Syazwani & Tasha Manshahar menggayakan BONITA PANT SUIT.
Selain daripada dua koleksi ni, Anabelle Boutique juga melancarkan OPERATOR Pomade khas untuk lelaki...Ada 4 series semuanya; Iron, Copper, Gold, Platinum.
Kalau korang berminat nak beli mana-mana produk atau koleksi Anabelle Boutique, korang bolah la layari laman web mereka ataupun pergi je ke Instagram dorang...sebabnya sekarang Anabelle Boutique sedang menjalankan Jualan Akhir Tahun (YES) bermula 17 Disember 2016 - 17 Januari 2017...Haa! Sebulan kot!
Dan kalau korang berada sekitar Puncak Alam, boleh je walk-in ke butik..lagi best kan boleh pilih depan mata...
Website: www.anabelleonline.com
WhatsApp: +60132258696 (Amira)
Instagram: @anabelleboutique.co
Facebook: facebook.com/Anabelleapparelline
Address: No 2A, Jalan Astana A13/E, Pusat Niaga Astana Alam, Puncak Alam, 42300, Selangor
6 Comments
cantik2..:)
ReplyDeletemenarik..
ReplyDeletecantik cantik..
tp harga semua telan air liur. hiks
cantik2 smua! <3
ReplyDeleteAaaaa..cantik2 nyer baju dia! Pakai pegi office pun cara gak niii
ReplyDeleteCantiknya pakai pergi ofis ni :)
ReplyDeletecantik nyer yg baju kasual tuuu aumsss
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!