Majlis Penyerahan Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir kepada Akademi Darul Huffaz.


Melihat kepada perlunya sumber ilmu yang sahih dalam mempelajari Al-Quran & Sunnah, Syarikat IK Dot My Sdn Bhd telah mengambil inisiatif mewujudkan satu program khas iaitu Program Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Program wakaf yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini melibatkan penyerahan wakaf kepada maahad-maahad tahfiz seluruh Malaysia.

Kitab yang dipilih untuk program ini adalah kitab Tafsir Ibnu Kathir, karya Imam Ibnu Kathir (Imam terkenal bermazhab Imam Syafie), yang menjadi bahan rujukan dan kajian utama majoriti umat Islam di seluruh dunia.

Kitab Tafsir Ibnu Kathir

Program khas yang dihadiri lebih 200 orang pelajar Akademi Darul Huffaz bersama-sama para pewakaf dan media menyaksikan penyerahan 20 set kitab yang terdiri daripada 200 jilid Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Acara dimulai dengan ucapan perasmian Ketua Pegawai Eksekutif IK Dot My, Tn Hj Khoirul Anam dan diteruskan dengan ceramah ringkas Kehebatan Kitab Tafsir Ibnu Kathir.

Tn Hj Khoirul Anam bersama Pengasas Akademi Darul Huffaz

Dalam kenyataan beliau:

“Misi utama Syarikat IK Dot My adalah untuk mengajak seluruh umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan membaca, memahami dan mentadabbur isinya dan dalam masa yang sama mewakafkan kitab Tafsir Ibnu Kathir kepada penuntut ilmu supaya dapat dimanfaatkan dalam usaha mereka mempelajari ilmu agama.”

Para pelajar akademi bergambar bersama pemberi wakaf dan wakil IK Dot My

Syarikat IK Dot My berharap agar masyarakat Islam kembali kepada budaya Islam yang benar berdasarkan sumber ilmu yang shahih dari Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW melalui pembacaan Kitab Tafsir Ibnu Kathir.

Post a Comment

0 Comments