Korang suka makan steamboat tak? BBQ? Grill?
Sally suka gila makan benda-benda macam ni...Lagi-lagi kalau makan ramai-ramai..bertambah la gembira...Makan sambil berborak kan...Pernah dengar D'Kayangan Steamboat; BBQ & Grill? D'Kayangan ni terletak di bawah Sri Acapella Service Apartment, Seksyen 13, Shah Alam...Mmg terkenal dengan menu kepelbagaian mereka dalam Steamboat, BBQ & Grill dan yang paling penting, kambing bakar!
Baru-baru ni Sally singgah kesana sebab ada promosi terbaru...Kalau korang suka bersantai hujung minggu, nak masak tapi terasa macam nak gantung kuali...Sally suggest korang cuba la promosi terbaru D'Kayangan Steamboat; BBQ & Grill, ada "SYOK SUNDAY FAMILY DAY" tau...
Apa pulak promosi "SYOK SUNDAY FAMILY DAY" ni..?
SYOK SUNDAY FAMILY DAY
"SYOK SUNDAY FAMILY DAY" ni merupakan promosi brunch (breakfast dan lunch) yang diadakan bermula pukul 12 tengahari sehingga pukul 3 petang setiap Ahad..apa yang syoknya? Mestilah harga! Syok sebab harga bagi seorang dewasa hanya RM22.90 manakala untuk kanak-kanak, RM9.90 sahaja!
Haaa..murah kan? Tak payah susah-susah nak masak breakfast dan lunch, ni kalau makan buffet steamboat; BBQ & Grill, boleh bawak kenyang sampai ke malam...Untuk pilihan makanan pulak, jangan risau...mmg ada banyak jenis makanan...Selain daripada steamboat; BBQ & Grill, ada juga menu lain macam Nasi Lemak, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng, Bihun Goreng..Masakan panas lain pun ada tapi hanya dimasak mengikut hari-hari yang ditetapkan...Pelbagai jenis buah, kek dan aiskrim pun ada...
Haaaa! Apa lagi tunggu kan...Setiap Ahad tau promosi ni, bawak la mak ayah, adik kakak abang, anak sedara anak sepupu anak kucing semua g makan steamboat...Jimat pun dah jimat...Masakan dia semuanya Sally suka...dan kalau korang nak tau, resepi ni semuanya resepi asal daripada Chef Shanizam, yang dah ada 15 tahun pengalaman dalam dunia kulinari ni tau!
Untuk steamboat, boleh pilih nak sup ayam atau tom yam...kedua-duanya sedap...Kalau korang suka pedas, Sally cadangkan korang ambik yang tomyam laa...letak banyak-banyak seafood dalam tu, kuah dia makin lama makin sedap!
Untuk steamboat, boleh pilih nak sup ayam atau tom yam...kedua-duanya sedap...Kalau korang suka pedas, Sally cadangkan korang ambik yang tomyam laa...letak banyak-banyak seafood dalam tu, kuah dia makin lama makin sedap!
PROMOSI SYOK SUNDAY FAMILY DAY INI HANYA TERHAD PADA HARI AHAD (12PM - 3PM)...Selepas daripada masa tu harga akan kembali menjadi RM33++ untuk dewasa dan RM18++ untuk kanak-kanak...Jangan risau sebab masih lagi berbaloi..kan?
Disarankan supaya membuat tempahan awal kalau nak datang, sebabnya D'Kayangan Steamboat; BBQ & Grill selalunya hanya akan dibuka pada pukul 5pm setiap hari, jadinya kalau hari Ahad tidak ada RSVP untuk datang pada pukul 12pm-3pm, mereka akan buka pada masa yang kebiasaannya sahaja..Haaa, kang kempunan!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA!
Sempena Hari Malaysia yang bakal menjelang ni, ada promo tau...Untuk Buffet Merdeka ni, bayar RM33++ utk dewasa, RM18++ untuk kanak-kanak dan makan dengan lebih 150 pilihan seafood dan grill serta menu 1Malaysia seperti Mee Goreng Mamak, Nasi Pelangi, Mix Vegetables (Chinese style), Sup Kambing dan macam-macam lagi!
FACEBOOK : Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA!
Sempena Hari Malaysia yang bakal menjelang ni, ada promo tau...Untuk Buffet Merdeka ni, bayar RM33++ utk dewasa, RM18++ untuk kanak-kanak dan makan dengan lebih 150 pilihan seafood dan grill serta menu 1Malaysia seperti Mee Goreng Mamak, Nasi Pelangi, Mix Vegetables (Chinese style), Sup Kambing dan macam-macam lagi!
FACEBOOK : Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
14 Comments
terliur tengok gambar makanan. harga pun berpatutan :D
ReplyDeletenampak sedap
ReplyDeletetapi nak pijak kat sini
tak tahu lah bila
pe pon, selamat hari raya aidiladha kpd cik sally ^_^
banyak nya pilihannnnn
ReplyDeletehamboi sedapnya. time dalam pantang ni tengok semua benda sesedap T_T
ReplyDeletekemain menggoda semua makanan ni..tapi family kurang sikit kalau steamboat
ReplyDeleteAlahai bestnyaaaa...menggoda kalbu...bila sally nak banje?
ReplyDeletegrrrr.. saya kalau pergi steamboat, tempat grill semua serbu daging dulu. Karnivor agak nya hehe
ReplyDeleteNk tanya kaedah pembayaran dia mcmne ye, sblm@slps min ye.... Promo tu mmg mesti di grab Murah sngt kot...;-)
ReplyDeleteSedapnya steamboat
ReplyDeletekita suka giler makan steamboat, harap dapat lah pergi sini
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi sana. Sobsss T_T
ReplyDeleteamboi bnyknya pilihan. busyra mmg penggemar steamboat!
ReplyDeletePernah pergi sekali masa zaman belajar uitm Shah alam dulu, sanggup naik teksi ramai2 dengan kengkawan sebab craving sangat. hahaha, tapi memang puas hati, kenyang.
ReplyDeletepergh. murahnya sally rm29.90 ;)
ReplyDeletelapaq terus tengok gambar makanan banyak2 tu :)
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!