IJM Land Half Marathon 2016, tarik lebih 6000 penyertaan!




IJM Land Half Marathon 2016 | Rasanya penganjuran IJM Land Half Marathon telah menjadi satu kejayaan besar untuk IJM Land sendiri...Bermula dengan 1,500 penyertaan pada tahun 2015, tahun 2016 ternyata berjaya menarik lebih ramai penyertaan dalam larian IJM Land Half Marathon 2016. Larian ini telah berlangsung di Dataran Centrio, Seremban 2. Tahun ini merupakan tahun kelima penganjuran IJM Land Half Marathon.

2016 telah mencatatkan sejarah apabila mereka mampu menarik lebih 6,000 penyertaan bagi IJM Land Half Marathon 2016...Mmg tak sangka, walhal "mereka" kata negara Malaysia antara negara yang sangat terkenal dengan kadar obesiti yang tinggi tapi Sally rasa rakyat Malaysia sekarang lebih menjaga kesihatan...rakyat Malaysia yang bernama Sally je yang belum insaf lagi...hahahahaha





Antara tetamu VIP yang hadir, Yang Berbahagia Dato’ Hj Abdul Halim Bin Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Yang Berbahagia Dato’ Soam Heng Choon, Ketua Pengarah Eksekutif, Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, dan ACP Tuan Muhamad Zaki bin Harun, Ketua Polis Daerah Seremban.

Persembahan pembukaan bagi Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah IJM Land Half Marathon 2016.

Ada 6 kategori yang dipertandingkan dalam IJM Land Half Marathon 2016...Larian sejauh 21km dan 10km menjadi penanda aras kepada kategori yang berbeza...Kebanyakkan yang sertai melebihi 12 tahun...Apa yang Sally kagum, mereka ni mmg sangat berdaya saing antara satu sama lain...Bayangkan dalam masa 1 jam lebih sahaja mereka mampu habiskan larian sejauh 21km...mmg salute la kan...Kalau Sally mau ambik masa 2-3 jam tauu...

Sambil berlari, IJM Land juga telah turut sama memberi bantaun kepada 2 organisasi tempatan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA).



Tahun ni...buat pertama kalinya ada 'Challenge Trophy'.......Challenge Trophy merupakan salah satu inisiatif bagi meraikan mereka yang berlari paling pantas...Kalau korang nak tau, dalam gambar tu merupakan pemenang bagi kategori MEN OPEN dan WOMEN OPEN...Kalau tgk kaki dorang...perghhh! MANTAP!

Terima kasih kepada semua penaja seperti BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonald’s and Spine & Joint. The IJM Land Half Marathon 2016 juga ditaja bersama dengan media cetak, Sin Chew Daily, SEHAT Medical Wellness Centre, technical partner The Event Crew (TEC) dan official apparel, Reverse. Kalau takde penaja ni, Sally yakin masih ramai yg berbelah bahagi nak sama-sama join aktiviti macam ni...

IJM Land Half Marathon 2017 dijangka akan diadakan pada 13 Ogos 2017...Harapnya akan ada lebih penyertaan dan untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.ijmlandrun.com .

Post a Comment

1 Comments

  1. tahun depan pastikan ada adalah salah seorang peserta :P

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!