Koleksi jubah lelaki dan perempuan di SweetHeart!


Alhamdulillah...dah masuk minggu ketiga kita berpuasa kan...masih lagi berbaki beberapa hari untuk ibadah kita dibulan Ramadhan ni tamat kan...Seperti kebiasaan, kita akan menyediakan kelengkapan raya..paling tidak mesti ada baju raya kan..? Korang dah beli ke baju raya tahun ni...?



Ada satu jenama baru dipasaran, SWEETHEART...Bila dengar nama jenama ini...mmg terasa dekat sangat dengan kita...yela...nama SWEETHEART ni diambil sempena tema "sayang"...Lagipun SweetHeart sendiri bermaksud ‘buah hati’@ orang tersayang...kan nama SWEETHEART tu sangat ‘cute’ dan mudah untuk diingati.

Dibawah label SWEETHEART ada beberapa jenis koleksi, termasuklah ‘SWEETHEART’ (Shawl & Tudung 2 muka), ‘MIRABELLA’ (Baju Kurung Moden), SALSABELLA (Jubah Wanita) dan ANDALUSIA (Jubah Lelaki)....kesemua rekaan mereka menggunakan fabrik yang mengutamakan keselesaan mereka yang memakai...

Jubah lelaki ANDALUSIA gunakan fabrik Italian Paloma; Italian Heavy Valentro; Cotton Hand Woven; Italian Monaco; dan Italian Valentro Uomo yang agak ringan, sejuk dan warna yang terang. Mereka mencipta jubah kolar ‘high neck’ untuk jejaka yang ingin nampak eksklusif, korporat dan ‘macho’ sikit. Kolar leher bulat ala kolar baju Melayu juga ada dijual untuk mereka yang suka simple tetapi tampak bergaya.

Fesyen Jubah lelaki ANDALUSIA ini ada sedikit kelainan seperti ‘piping’ pada hujung tangan, butang jubah dan kolar jubah, itu yang membuat sipemakainya kelihatan hebat, bergaya dan eksklusif. Harga Jubah ANDALUSIA yang ditawarkan amat berpatutan iaitu RM149. Sementara saiznya pula boleh didapati daripada S hingga XXL.



Untuk fabrik tudung, mereka menggunakan kain Jameela Crepe @ Bubble Crepe, Chiffon Crepe, Chiffon Sakura dan Chiffon Georgette. Fabrik Baju Kurung Moden pula menggunakan material Satin Pucci yang bercorak ekslusif.

Jubah wanita SALSABELLA banyak menggunakankan kain bercorak Heavy Dull Satin Ombre; Como Crepe & Italian Monaco.

Harga Jubah Wanita Plain iaitu RM149.
Harga Jubah Wanita Two Tone iaitu RM169.


Tudung Koleksi SWEETHEART didatangkan dalam dua (2) rekaan dahulu iaitu shawl dan instant shawl dua muka (konsep tudung 2 muka) ‘free standard size’ yang menjadi ‘favourite’ dikalangan wanita berhijab sekarang ini, dan boleh didapati dalam beberapa warna-warna natural, terang dan pastel.

Harga instant Shawl : RM49
Harga instant Shawl 2 muka : RM59
 
 
Baju kurung moden MIRABELLA sangat sesuai untuk mereka yang bertubuh lampai dan yang pastinya dengan corak yang agak sederhana pun mampu memberikan impak ilusi yang menarik kepada si pemakai...Harga yang ditawarkan juga mampu dimiliki iaitu RM239. Sementara saiznya pula boleh didapati daripada S hingga L.
 
Penjualan akan dilakukan secara dalam talian @ online dan juga menerusi butik Vendor ‘Nanano’ yang bakal dibuka di Lembah Klang buat masa ini.

Untuk maklumat lanjut dan pilihan warna yang lain; korang boleh layari,

Facebook Rasmi : www.facebook.com/SHSweetheartOfficial
Instagram Rasmi : www.instagram.com/shsweetheart

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!