Buffet Ramadhan 2016 : 'Citarasa Ramadan' di Hotel Bangi-Putrajaya


Haaa...buffet Ramadhan lagi...hahahaha...Kali ni Sally nak kongsikan buffet di Hotel Bangi-Putrajaya...Mereka menggunakan tema "Citarasa Ramadan" sempena buffet Ramadhan tahun 2016...

Seperti biasa Sally akan kongsikan antara menu pencuci mulut dan yang manis-manis kat sini...Terdapat pelbagai jenis kuih muih dan manisan yang ada...Kepada peminat kuih gulung @ kuih ketayap, kat sini special dia sebab setiap satunya dibuat panas-panas depan mata korang :)





Untuk lauk pauk, ada macam-macam jenis masakan kat sini...terutamanya masakan melayu...Sally jujurnya tak sempat nak rasa lauk pauk dia...tapi sempat jugak la cuit-cuit dalam pinggan ibu...sotong masak lemak cili api dia mmg sedap, lembut dan cukup rasa...









Pelbagai jenis kerabu.



Tauhu sumbat.

Terlalu banyak pilihan makanan kat sini...kesemuanya menu yang selalu kita temui dan ada jugak beberapa menu yang agak asing seperti serawa durian, ubi kayu rebus...


Sally suka nak ajak korang rasa makanan yang ada...Kalau korang berkesempatan nak ke Hotel Bangi-Putrajaya, korang kena cuba Mongolian BBQ...Ada pilihan daging atau ayam, tapi bagi Sally ayam dia lebih sedap dan berperisa...



Jangan lupakan kambing, sate ayam dan daging serta kuey teow goreng panas!

Dim Sum mereka pun sangat sedap...makan banyak pun tak muak...pau kukus pun ada...saiz dia comel-comel je...


Kalau korang berdekatan dengan Bangi/Putrajaya atau ingin berbuka di Hotel Bangi-Putrajaya, bolehlah buat tempahan sehingga 2 Julai nanti di talian 03-82102222 atau emel kepada alamat fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com.

Info lanjut leh dapatkan di :
www.hotelbangi-putrajaya.com

Post a Comment

5 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!