Buffet Ramadhan 2016 : Berbuka dengan Chef Norman Musa di Pullman Kuala Lumpur


Siapa yang tak kenal dengan Chef Norman Musa, Europe's leading Award-winning UK based Malaysian Chef dan juga merupakan official food ambassador for Kuala Lumpur...

Awal minggu lepas Sally dapat peluang untuk berbuka bersama Chef Norman Musa di Hotel Pullman Kuala Lumpur. Teruja jugak la nak rasa masakan istimewa daripada Chef Norman Musa kan..? Kalau korang nak tau, tahun ni Pullman KLCC menggunakan khidmat daripada Chef Norman Musa sebagai "Celebrity Guest Chef" bagi buffet Ramadan mereka.

Buffet Ramadan di Pullman KLCC dijalankan di Restoran Eccucino bermula daripada 6 Jun sehingga 5 Julai 2016...Kalau korang nak bertemu dengan Chef Norman Musa, chef akan membuat demonstrasi masakan pada 14,22,25 dan 30 Jun 2016.


Macam biasa, berbuka puasa versi Sally mmg dimulakan dengan makanan yang manis-manis...ada pelbagai jenis kek, puding, tart, buah-buahan dan bubur kat sini...tak lupa juga bahagian kuih muih tradisi Malaysia dan semestinya ada Chocolate Fountain jugak untuk kanak-kanak. Kalau nak advance lagi, pelbagai pilihan kuih raya pun ada...hihihi

Antara makanan sampingan yang ada...macam pasembur, apam balik, mee bandung, mee rebus, roti canai, murtabak, roti jala dan sebagainya...pendek kata semua benda yang korang teringin ada kat sini...ada juga Teh Tarik, Nescafe serta ABC dan juga aiskrim...


Bahagian lauk pauk, ada pelbagai pilihan lauk...antaranya...Ayam Masak Lemak Cili Padi, sayur campur, Kambing Masala, Gulai Udang Btang Keladi Kelantan...

 
 Favorite Saly, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi ni...mmg betul-betul pedas...cukup daripada segala segi...mmg menangis la makan sebab Sally tak makan dengan nasi kan...



Kalau tiba-tiba korang rasa nak makan sushi pun ada juga...Sally suggest korang cuba California Roll @ Temaki dia...mmg sedap...Ada hampir 100 jenis makanan, masakan yang korang boleh pilih disini...semuanya mmg sedap dan tidak menghampakan...


Peminat makanan laut, boleh pilih pelbagai jenis ikan, udang, ketam dan kupang yang mana sangat segar dan terjamin kualiti dia...Half-cooked prawns ni pun mengancam sangat kan..?


Rendang Scotch Eggs

Yang ini mmg specialty ada kat Pullman KLCC je...resepi ni merupakan resepi daripada Chef Norman Musa...telur rebus disaluti dengan isi ayam cincang yang sudah diperasakan dengan perasa rendang, dibalut dan digoreng rangup...sedap makan masa dia tengah panas...


Salom Lamb Rack

Ini mmg SUPERB! Sally suka gandingan daging kambing dan pastri...

Menu lain yang ada macam Ketupat dan Lemang dengan gandingan serunding dan Rendang Tok, ada Kari Kapitan Ayam, satay, Kambing Golek, kerabu, bubur lambur, bubur chacha, pelbagai jenis keropok, rojak buah, kaunter salad, dan macam-macam lagi laaa...Sally pun tak larat nak senaraikan semuanya sekali..hahahaha...

So, kalau korang rasa nak jumpa dengan  Chef Norman Musa ataupun ingin berbuka di Pullman Kuala Lumpur...boleh buat tempahan di 03-2170 8888 ext. 8119 @ email kan sahaja kepada (restaurants@pullman-klcc.com)

DEWASA : RM128nett
KANAK-KANAK : RM64nett (bawah 12 tahun)

Post a Comment

0 Comments