Fuhhh...dah lama betul Sally rasa takde kongsikan benda yang bermotivasi dalam blog Sally...Sally terjumpa sekeping gambar masa scrolling Twitter...terus terdetik dalam hati Sally, "aku mmg terlalu memilih!"
Kadang-kadang Sally memilih daripada siapa Sally nak terima teguran, jika org tu nampak baik...nampak bijak baru akan terima padahal kita tahu setiap manusia tu ada kekurangan mereka sendiri....dan sejauh mana kita yakin mereka yg nampak begitu sempurna ada benda yg kita perlukan..?
Tapi rasanya dah fitrah manusia, hanya nampak benda yang baik sahaja...Sally akui Sally manusia yang paling banyak kekurangan...walhal yg ditunjukkan hanya benda yang baik...terdetik kadang bila orang kata..."wahhh, sally baiknya..." dan sebagainya walaupun dalam hati bergetar tanda sedih kerana kadang-kadang kita tidak setinggi itu nilainya...
Hmmm...jadi, Sally nasihatkan...terimalah teguran atau nasihat daripada sesiapa pun...mana tau sekeping nasihat yang diberikan tu mampu menyempurnakan kekurangan, kekosongan yang kita rasa...
Yang Benar,
Sally; manusia penuh kekurangan.
3 Comments
Fitrah kan...Kita manusia Ni mmg x sempurna...
ReplyDeletexde yang perfect dalam dunia ni..
ReplyDeleteSetuju sangat2. Akak pun dulu macam Sally. Pernah keluar statement takkanlah nak terima nasihat dari si polan...perangai dia,...Then, arwah nenek akak tegur. Katanya siapa yang beri nasihat/teguran tak penting, apa yang disampaikan tu yang kita perlu nilai...bukan orangnya. Sebab sepuluh kalilah kita anggap orang tu baik, kalau dia sebarkan fitnah, benda tu tetap fitnah :)
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!