Ucapan 'Terima Kasih' pun dah besar rahmat.


Bergelar blogger dan kadang-kadang hadir sebagai media ni sedikit sebanyak merubah kehidupan Sally dalam dunia blog...Kadang-kadang rasa macam tak best bila buat kerja secara percuma, berhempas pulas nak kena cover event orang..tapi bila kita minat...setiap sesuatu tu menjadi kebanggaan kita..

Pernah tak korang rasa gembira lepas siap satu-satu entri...?

Sally macam tuuu...kadang-kadang buat entri je pun tapi gembira dia macam baru lepas menang medal kat sukan tahunan...eh? Hahahahaha..okay tak-tak, Sally gurau je...cumanya ada la rasa bangga kat diri sendiri lepas siapkan satu-satu tugasan tuu..huhuhu...

Selasa lepas, Sally sempat ke "The Story Episode 3" yang diadakan di Istana Budaya...kalau korang nak tau "The Story" merupakan satu sesi perkongsian bersama tokoh-tokoh ternama Malaysia, yang berjaya dalam bidang masing-masing...dan "The Story Episode 3" telah menampilkan individu seperti Tan Sri Nadzmi Salleh (Pengerusi Konsortium Transnasional Berhad), Datuk Aznil Haji Nawawi (Host Nombor Satu Malaysia) dan Datuk Norman Abdul Halim (Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios).

Selepas sesi tamat, Sally sempat menghadiri "press conference"...Macam biasa la PC selalunya akan memberi ruang kepada media untuk menemubual tokoh-tokoh yang telah dijemput dalam sesuatu majlis tu...

Selalunya, media lebih selesa bertanya dalam kelompok yang sedikit berbanding bertanya secara rawak...dan apa yang menarik perhatian Sally ialah apabila MC ingin menamatkan majlis sebelum sesi temubual dengan kumpulan yg kecil...

"Saya rasa para media sudah tiada apa-apa soalan untuk ditanya...semua cuma tunggu masa nak makan sahaja kan..?" - MC

Yang paling terasa bangga, terharu apabila Datuk Aznil Haji Nawawi atau PakNil terus ambil microphone dan berkata, "Saya tak rasa yang media sanggup bersengkang mata hanya kerana makanan, tapi mereka buat kerana mereka sayangkan kerja mereka...Kalau tanpa kehadiran media, mana mungkin adanya saya disini..mana mungkin adanya anda semua disini...terima kasih saya ucapkan kepada wakil media yang ada pada malam ni...."

Tak tahu la korang, tapi kalau Sally...ucapan terima kasih daripada pihak penganjur, atau sesiapa sahaja semasa kita buat kerja itu sebenarnya dah cukup besar rahmat bagi memberikan Sally lebih keyakinan nak buat kerja...Tak susah pun kan nak ucapkan terima kasih..?

Tan Sri Nadzmi Salleh dan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Post a Comment

14 Comments

  1. Bukan nak kata la kan, Pak Nil niy memang banyak bawakkan kita kepada aura positive, serious ! Tak pernah menjatuhkan orang lain.

    ReplyDelete
  2. sokong tu kak Sally. and yeah suka dengan Pak Nil. dia memang bersahaja and talented. casual ke formal ke semua dia bolah. and lagi satu MC/ pengacara yang baik ( tak kiralah event atau tv show) adalah pengacara yang tau baik pulih keadaan, dengan memastikan takde sapa offended dengan apa yang berlaku. fuhh

    ReplyDelete
  3. Wooow bagusnyaaa pak nil. Yrs. Kadang kadang dengan ucapan terima kasih membuatkan kita kembali semangat, tambah tambah time kita dah bosan, letih dengan kerja.

    ReplyDelete
  4. Ilmu...pengalaman..itu yang paknil terapkan pada pandangan PC...

    ReplyDelete
  5. betul tuh sally, k lily setuju kata2 pak nil tuh

    ReplyDelete
  6. salam, setuju kak sally , sometimes bukan nak harap sangat tapi ucapan itulah penawar segala penat /letih rasa dhargai :D

    ReplyDelete
  7. baguslah paknil ni, tk pernah nk mengecewakan pihak media

    ReplyDelete
  8. Pak nil ni terbaik la.. suka tgk dia..

    ReplyDelete
  9. betul.. simple thanks would be just enough =)

    ReplyDelete
  10. Betul tu kak. Sokong sangat, bila kita settle 1 entry. Perghh ! rasa tak sabar nak post dan bagi orang lain baca. One things, bila ada orang share entry kita. kita rasa karya penulisan blog kita disukai.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!