Kesegaran berpanjangan dan NIVEA mmg tak dapat dipisahkan, pelbagai jenis cabaran dirangkan bagi membuktikan produk mereka memang sesuai bagi sebagang aktiviti...Sama ada memerlukan kita bersukan, membuat aktiviti luar ataupun hanya perlu kekal segar sepanjang hari.
Baru-baru ini, cabaran NIVEA MEN 3X DRYNESS 2016, telah diadakan yang mana tahun 2016 merupakan tahun kedua penganjurannya...Kali ini NIVEA MEN mengajak para jejaka untuk menyahut cabaran menentang perpeluhan melalui kempen Cool Kick – 3X Dryness. Kempen unik ini bertujuan untuk mencabar para lelaki, sama ada dalam bentuk digital ataupun secara perlawanan on-ground, bermula dari Januari hingga Mac 2016.
Cabaran ini direka khas bagi memenuhi keperluan setiap jejaka masa kini, dan juga adalah medan untuk para jejaka mengekspresikan keyakinan diri melalui permainan yang sungguh menarik dan mendebarkan. Acara ini juga dicipta selaras dengan ciri-ciri lelaki NIVEA MEN masa kini. Di samping itu, aktiviti ini juga turut dijadikan sebagai kempen tahunan di mana para peserta akan diuji dengan hebat akan sejauh mana kemampuan mereka dalam melindungi diri daripada ancaman peluh.
Cabaran ni hampir sama macam permainan "Dutch Ball" cuma bezanya pada "Shield" yang peserta gunakan sebagai penghadang supaya tidak terkena bola beracun. Sebanyak 64 pasukan telah bertarung dalam pusingan penyingkiran pada 26 Mac yang lepas dan 16 pasukan telah berjaya untuk mara ke pusingan separuh ahkir pada 27 Mac 16 pasukan di peringkat teratas yang telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir seterusnya bertarung untuk melayakkan diri ke peringkat 4 teratas.
4 pasukan teratas tersebut melengkapkan perjuangan mereka ke Perlawanan Akhir bagi merebut 3 hadiah utama. Acara perlawanan kemuncak telah diadakan di Sunway Pyramid, LG2 Blue Concourse dengan hadiah-hadiah lumayan berjumlah RM30,000. Pengacara radio popular Malaysia Haniff Hamzah dan pelakon merangkap juara Fear Factor Malaysia Hairul Azreen turut sama mengambil bahagian dalam cabaran tahun ini.
Semasa acara kemuncak berjalan, 6 blogger bertuah turut diberikan peluang untuk menyertai Cabaran 3X Dryness melalui satu perlawanan persahabatan. Pasukan yang berjaya akan berpeluang untuk bertarung dengan pasukan Haniff Hamzah. Sally bangga gila dengan team blogger perempuan sebab mereka yang menang dan dapat bertarung dengan pasukan Haniff Hamzah...Jangan terkejut eh, blogger perempuan dapat kalahkan team blogger lelaki..hihihi...Setiap blogger yang mengambil bahagian dalam cabaran ini juga mendapat saguhati dari pihak NIVEA MEN dalam bentuk produk bernilai RM150.
Hadiah Utama bagi Cabaran 3X Dryness ialah wang tunai sebanyak RM 10,000 bagi setiap pasukan manakala hadiah tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000 setiap pasukan. Setiap pasukan yang menang turut membawa pulang produk NIVEA berjumlah RM250.
Tahniah Sally ucapkan kepada kumpulan yang menang...Ternyata Cabaran 3X Dryness merupakan cabaran yang sangat bermanfaat kepada mereka.
NIVEA MEN
It starts with you!
2 Comments
bestnya tengok diorang main game tu. hadiah lumayah jugak eh
ReplyDeleteyuuuuit cuci maaaaataaa ahahaha..
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!