Punca berat badan naik tanpa kita sedar.

Selalunya kita terfikir, macam mana berat kita boleh naik sedangkan kita sedang berdiet ataupun tidak makan terlalu banyak, terfikir tak kita yang sebenarnya ada banyak punca berat badan kita naik tanpa kita sedari...dan yang paling ketara sekali dalam 4 situasi seperti dibawah ni...



DALAM KENDERAAN

Hah! ni salah satu tempat...hehehe...lagi-lagi masa nak balik kampung atau kita tengah traveling...alasan dia takut lapar la, boring la...macam-macam...lagi-lagi kalau time tu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Makanan ringan atau snek menjadi pilihan untuk dikunyah sebagai pelapik perut menahan lapar, malah ada yang menyimpan stok makanan di dalam kereta. Tabiat ini bukan sahaja tidak bagus malah kenderaan kita juga akan menjadi kotor dengan bungkusan dan habuk makanan.

DEPAN TV

Rasanya hampir semua lakukan ni! Ramai yang berpendapat akan cepat bosan dan lapar sekiranya menonton tv tanpa mengunyah sesuatu. Tak salah untuk mengunyah sesuatu, tapi pastikan kita mengawalnya agar ia tidak keterlaluan dan cuba mengambil makanan sihat. Daripada makan cikedis ke keropok ke, baik tukar jadi buah-buahan...atleast ada jugak masuk vitamin C...ye dok..?

KETIKA MEMBUAT KERJA/STUDY

Mengunyah sesuatu ketika menyiapkan tugasan adalah satu perkara yang biasa untuk mengelak rasa mengantuk. Keropok, coklat dan makanan kurang khasiat selalu jadi pilihan. Bagi mengelak perkara ini berlaku, apa kata kurangkan pengambilan makanan ringan dan berehat seketika sebelum sambung menyiapkan tugasan kembali tak pun makan kismis...hehehe...boleh jadi pandai nanti!

ATAS SOFA



Ni sama la sepesen dengan makan depan TV..Sape yang tak suka melepak di atas sofa sambil melakukan aktiviti seperti menonton tv, layan internet atau membaca? Kebiasaan ni tak bagus sebab sisa makanan akan terkumpul dengan lebih mudah dan ia akan membuatkan berat badan kita meningkat dengan cepat.

Kesimpulannya, jangan makan sambil buat sesuatu...sebab kita rasa macam sikit je kita makan sebab kita ambil dalam keadaan tak sedar...bukan la makan sambil pengsan...hehehe...tak caya cuba masa tengok wayang, beli popcorn...cer tengok last nanti habis ke tak makan popcorn tu..hehehe..Pesanan penaja ini dibawa khas oleh penulis yang mmg suka buat benda yang dinyatakan diatas..hahaha

Post a Comment

14 Comments

  1. Haha .. dah jadi habit .. bileh je makan cuma perlu kurangkan. Ngeee

    ReplyDelete
  2. Huwaaa betul sangat ni. Sepanjang masa kalau boleh nak mengunyah T_T

    ReplyDelete
  3. ok semua tak..makan hanya didapur jek..

    ReplyDelete
  4. nasib baiklah umah akk xde sofa..klu x..makin teruk la badan akk nie..huhu...:P

    ReplyDelete
  5. hehehehe...semua tu ada dalam drawer...hahahahahaha...sbb tu badan akak makin naik..

    ReplyDelete
  6. aiyo... patutla saya naik hampir sepuluh kilo selepas kahwin.. Sebab banyak masa duk umah je.

    ReplyDelete
  7. Well... I can't help it...Ha ha ha....

    ReplyDelete
  8. atas katil pun.... jahahaha thanks share kk sally ill try to get rid of this lousy habits hm c u omg cant waitt

    ReplyDelete
  9. Hiihihihi..yang dalam kereta tu ada kebenarannya..lagi kalau jammed..adoila..pantang nampak makanan dalam kereta..kalau tak pun asyik nak menyinggah RnR saja..

    ReplyDelete
  10. Pipi pun boleh naik sebab asyik mengunyah tapi macam tak lengkap kalau tak makan selalu :p

    ReplyDelete
  11. betol bebnor tu..kalau tak kawal mmg xsdr ngap itu ini..heheh

    ReplyDelete
  12. Wardah suka makan. Tapi berat susah nak naik. Huhu

    ReplyDelete
  13. Tapi, kalau makan tak bersambil rasa macam buat masa. haha!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!