O’Briens Irish Sandwich Café - The power of healthy foods!

Sape suka sandwich?

Sally mmg suka sandwich...suka gila la senang kata...selalunya kalau nak cepat, Sally mmg suka makan sandwich lagi-lagi kalau banyak sayur...Senang kata kalau suruh Sally pilih nasi atau roti, mmg Sally akan pilih roti...Tak kisah la apa intinya tetap takde masalah untuk Sally.

Last weekend, Sally dijemput ke restoran O’Briens Irish Sandwich Cafe...Haaa! Korang pernah dengar tak pasal restoran ni..? O’Briens Irish Sandwich Cafe merupakan sebuah kafe yang telah ditubuhkan oleh Brody Sweeny di Dublin, Ireland. Buat masa ni ada hampir 200 store worldwide dan ada 15 store yang telah dibuka di Malaysia ni...


O’Briens Irish Sandwich Cafe sangat terkenal dengan sandwich dia yang sangat fresh dan disediakan segar setiap hari depan mata kita...Mungkin ada beberapa jenis kafe yang hampir sama konsep dengan O’Briens Irish Sandwich Cafe tapi O’Briens Irish Sandwich Cafe sebenarnya ada kelainan mereka yang tersendiri...



Sally telah ke store yang terletak di dalam pusat membeli belah One Utama, tujuan utama invitation ni sebenarnya untuk memperkenalkan menu untuk Christmas dan juga pihak O’Briens nak berkongsi dengan masyarakat tentang keistimewaan dan kelainan yang ada pada sandwich mereka...Yang paling seronok sekali bila Sally sendiri diberi peluang untuk bekerja dan menyediakan sendiri sandwich Sally dengan bantuan daripada staff O’Briens..Kiranya sambil Sally buat sandwich sambil tu Sally didedahkan dengan segala jenis menu, promosi, demo masakan dan juga segala tips kenapa sandwich mereka sangat unik.

Terima kasih kepada pihak O’Briens dan Seeties yang menjemput Sally...


Nampak tak?

Walaupun demo je...tetap kena jaga kebersihan diri...kena pakai apron, sepatutnya complete dengan topi bagai..hahaha...Yang penting kena cuci tangan dan guna sarung tangan...wehh! Rasa macam dah terus kena kerja kat sini...hehehe...

Ada beberapa orang blogger yang datang pada hari tu...Sally partner dengan kak Nannie Isa (kitepunye.com)...Sebelum membuat sandwich, ada beberapa perkara yang telah disampaikan oleh pihak O'Briens dan yang paling penting sekali mestilah tentang pilihan roti yang ada, menu utama dan kepelbagaian makanan sampingan yang kita boleh nikmati dengan sandwich kita...

Before tu Sally nak kongsi dengan korang O’Briens Fresh & Premium Ingredient yang korang boleh pilih...


Kat sini mudah je...nak dapatkan sandwich yang fresh dan segar...korang just perlu pilih :

Bread + 1 Main Filling + 3 Salads + 1 Sauce
 
Senang je kan...mungkin korang terfikir kenapa ada limitation pada bahan-bahan untuk sandwich kita walaupun sandwich tu pilihan kita...di O’Briens, mereka mementingkan kualiti daripada kuantiti...Mission mereka supaya kita dapat merasai sandwich yang segar, bukan hanya tertakluk kepada kuantiti semata...



Kalau ikut Sally, banyak benda yang Sally nak cuba...hahahaha...tapi percayalahh...satu set sandwich pun korang belum tentu boleh habis...kami pun ada yang berkongsi walaupun pihak O’Briens bagi satu set seorang...Cara-cara nak buat sandwich tu Sally tak nak kongsi..hihi...sebab saje nak bagi korang excited untuk ke O’Briens sendiri dan lihat macam mana proses sandwich korang dihasilkan..hihihi...



Untuk pilihan Sally kali ni...Sally memilih roti Facaccia Shambo dan filling dia Sally pilih Smoked Chicken Thigh dan Chicken Crisp sebagai side filling..hihihi...Filling tu merupakan filling yang special untuk menu Christmas..hihihi...Gambar kat atas tu masa Sally nak toast roti Sally dan juga roti Kak Nannie...Hihihi...nampak macam expert gila kan...Hahahaha...Jujur kata Sally mmg suka gila makan roti...tu yang bila dapat berada dekat dengan roti, banyak filling plak tu yang jadi seronok lebihh...


Yeay! Dah siap jugak akhirnya...Letak dalam plate and ready to go!


Haaa! Ni cikgu Sally yang penat melayan kerenah Sally dengan kak Nannie..hihihi...Sabar je dia melayan dua orang blogger yang mulut lg rajin daripada tangan ni...hihihi...Terima kasih cikgu!




Banyak gila kan variasi menu yang ada...Ni kalau Sally dapat pindah masuk sini...Mau tak nak keluar dahh...Seronoknyaa duduk dikelilingi roti...hahahaha



Yang gambar atas tu Ivy Goh (www.hiphippopo.com) ... Sally dah jumpa dia few times jugak...hihihi...Tu yang elok tangan macam ape bercakap...hihihi...Padahal cerita pasal makanan je pun..hahahaha dan yang bawah tu Kak Masha...hihihi...photographer Sally..mihmih!


 Elok senyum kan...padahal tak larat nak habiskan makanan dah tu...plus semua makanan simpan kat pipi...


The best part of the day!

O’Briens bagi hadiah Christmas in advance...huwaaaa...seronok gila rasa..hikhik...dah la lama tak dapat hadiah kan...dapat pulak hadiah ni...Seronok...! Jangan lupa singgah kemana-mana store yang berdekatan dengan korang ye!

O'Briens Irish Sandwich Cafe (Malaysia)

Lot 11-2 Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, 55100 KL.
O : 03-9281 3646
F : 03-9281 3649

Website: www.obriens.com.my

Post a Comment

13 Comments

  1. wah..sedapnya sally..akak pun suka roti jugak..tapi roti pilihan kedua akak la..

    ReplyDelete
  2. suka jugak sandwich..bestnya banyak variety..

    ReplyDelete
  3. Roti..di kombinasikan dengan satur atau salad dan bahan lain..boleh jadi makanan seimbang..

    ReplyDelete
  4. best best..dapat hadiah? hadiah apa tuh..tak nak share dengan kitorang ke..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam singgah petanh dik sally....wahh...sedapnya sandwich...akak suka juga makan sandwich....hihi

    ReplyDelete
  6. Huiyo.. bleh thn besar sandwichnya.. kak sally dh nmpk mcm pekerja obrien.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. saya pun suka sandwich jugak! nampak sedap je semua sandwich tuu. rasa dia agak2 sama ke dgn rasa subway?

    ReplyDelete
  8. nyumm nyummm,, sedapnya, coffee tu sgt memikat hati la sally..sandwich tu,,hmmm... ^_^

    ReplyDelete
  9. Dekat sini banyak sandwich yang macam ni tapi semua pun tak halal. Tak naklah makan tuna sandwich je. Muak! Nanti balik Malaysia nak cuba pergi sini.

    ReplyDelete
  10. Laaaa kat Kampung Pandan je pun... ingat jauh sangat..... jeles tau dengan Sally selalu dapat makan rare2..... anyway.... Sha pun suka gilaaaaaaaaa dengan sandwich.... SUKA GILA ! Itu membuatkan kedengkian dalam hatiku berlaku di entri ini... hwaaaaaaaaaaaa.....

    ReplyDelete
  11. aaaargh !! OBrian dekat dgn rumah ni dahla da tutup.. isk..

    ReplyDelete
  12. Menarik tu dapat buat sendiri sandwich.. ;)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!