28 Mei 2015, Kuala Lumpur – Deodoran NIVEA kini merupakan jenama paling pantas berkembang dengan catatan 8X lebih pantas berbanding pertumbuhan pasaran. Setiap tahun, Beiersdorf melaburkan jutaan ringgit terhadap penyelidikan dan pembangunan termasuk inovasi produk agar setiap keperluan pengguna dapat dipenuhi secara berterusan. Ia menjadi faktor utama terhadap keunggulan deodoran NIVEA sebagai jenama No. 1 di dalam pasaran.
Sejak dahulu, NIVEA mengenal pasti bahawa penampilan bawah lengan (ketiak) adalah antara punca yang menggugat keyakinan golongan wanita. Berdasarkan kajian terbaharu, 80% wanita menyingkirkan bulu di bawah lengan menggunakan pelbagai teknik. Kajian tersebut mendapati bahawa 60% daripadanya menggunakan kaedah mencukur manakala 40% pula menarik/mencabutnya. Penggunaan berterusan teknik-teknik penyingkiran bulu sebegitu didapati menjadi punca utama terhadap masalah kekusaman dan kehilangan keanjalan serta kelicinan di bawah lengan.
Sebagai pakar dalam penjagaan bawah lengan, NIVEA memperkenalkan NIVEA Extra White & Firm Q10 yang merupakan solusi terhadap penyelesaian masalah bawah lengan yang menjadi kebimbangan ramai wanita. Diformulasi dengan agen Q10 yang mengandungi 97% keaslian untuk tujuan penegangan, NIVEA Extra White & Firm Q10 merupakan deodoran pertama di dalam pasaran yang mampu mengatasi masalah kehilangan ketegangan kulit bawah lengan dan dalam masa yang sama menjadikan kulit lebih cerah dan licin.
Bersempena dengan itu juga, NIVEA telah melancarkan Kempen BE FAIR. BE FIRM. BE FABULOUS. Kempen tersebut melibatkan acara amal Women Empowerment yang bertujuan memperkasakan wanita agar mereka berani melontarkan pandangan dan kepercayaan masing-masing serta untuk BE FAIR. BE FIRM. BE FABULOUS; luar dan dalam.
“Di NIVEA, kami percaya bahawa kecantikan tidak hanya diukur berdasarkan fizikal luaran, malah ia turut mengambil kira aspek dalaman. Justeru adalah penting untuk setiap wanita mengekspresikan ketegasan, keadilan dan kehebatan diri setara dengan penampilan luaran. Hari ini, NIVEA telah menganjurkan acara amal Women Empowerment yang bertujuan memperkasakan wanita dalam menyuarakan pandangan dan kepercayaan mereka serta menjadi BE FAIR. BE FIRM. BE FABULOUS dari segi luaran dan dalaman,” jelas Ng Hock Guan.
Pada acara itu, Atilia Haron (Penyanyi), Siti Saleha (Pelakon) dan Carey Ng (Miss Universe Malaysia 2013) hadir bagi melancarkan kempen tersebut bersama-sama Ng Hock Guan. Setiap personaliti ini mewakili setiap satu tunjang BE FAIR. BE FIRM. BE FABULOUS. dan setiap daripada mereka turut berkongsi pandangan masing-masing.
BE FAIR – Siti Saleha
“Sesukar manapun cabaran dalam hidup, kita perlu memberi peluang dan ruang untuk memanjakan diri dan relaks. Dengan cara ini, ia dapat membantu melapang dan menenangkan fizikal serta emosi seseorang. Kebanyakan wanita terlupa untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Justeru golongan wanita perlu tahu bahawa mereka juga berhak memanjakan diri dari masa ke masa.
“Saya juga percaya bahawa setiap wanita tidak hanya menginginkan wajah yang cerah, malah kulit tubuh yang cerah juga. Menerusi produk yang tepat, keinginan ini dapat dipenuhi! Nivea Extra White & Firm Q10 telah membantu saya mengatasi masalah bawah lengan dengan menjadikan ia lebih cerah dan licin.”
BE FIRM – Atilia Haron
“Saya amat teruja kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kempen memperkasakan wanita ini yang memfokuskan terhadap kepentingan keyakinan diri dan berpendirian tegas dalam kehidupan. Saya percaya bahawa golongan wanita perlu bersikap tegas dalam pegangan prinsip, kepercayaan dan cita-cita mereka.
“Tegas dalam berpendirian sentiasa menjadi antara penyumbang utama terhadap kejayaan dalam kehidupan saya. Ketika menceburi bidang nyanyian, saya memutuskan untuk tampil berbeza daripada penyanyi lain. Tidak dinafikan pilihan tersebut dicabar pelbagai dugaan tetapi berkat ketegasan pilihan saya itulah yang mendorong kepada kejayaan saya dalam industri muzik.
“Membuat pilihan yang tepat terhadap rejim penjagaan bawah lengan juga penting. Kebanyakan wanita mengalami masalah tekstur kulit yang kasar akibat bercukur dan penyingkiran bulu bawah lengan secara berterusan. Bersama Nivea Extra White & Firm Q10, penampilan bawah lengan saya lebih cerah, sekata dan licin sekali gus menyempurnakan pesona diri ketika menjayakan persembahan di atas pentas.”
BE FABULOUS – Carey Ng
“Saya berasa hebat hari ini dan berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kempen hebat yang membantu wanita menyerlahkan personaliti unik mereka.
“Bagi saya, wanita hebat ialah wanita yang berkeyakinan diri. Anda mampu membentuk keyakinan dengan cara menjadi diri sendiri, percaya kepada identiti, nilai-nilai dan impian unik yang anda pegangi.
“Setiap wanita memiliki keunikan tersendiri dan tiada syarat tertentu bagi mengelaskan seseorang itu sebagai wanita hebat. Saya percaya setiap wanita ialah bintang dan mereka juga hebat tanpa mengira usia atau bentuk fizikal. Nivea Extra White & Firm Q10 memberikan setiap wanita kebebasan mengekspresikan keyakinan mereka menerusi pelbagai stail fesyen bersama penampilan bawah lengan yang cerah dan sekata.”
Ng Hock Guan bersama tiga personaliti itu juga merasmikan dinding “Voice of Women”.
Para pengguna dan jemputan media diberi kesempatan untuk bergambar di hadapan dinding gambar tersebut sambil memegang papan kenyataan bertuliskan mesej-mesej peribadi berkaitan Women Empowerment.
Foto yang diambil kemudiannya akan dimuat naik ke laman media sosial dengan hashtag #FairFirmFabulous. Kesemua foto yang dikongsikan di media sosial juga berpotensi menjadi medium memperkasakan wanita-wanita lain. Selepas itu, para pengguna dan rakan media kemudiannya perlu menanggalkan sekeping puzzle yang terdapat di dinding “Voices of Women”. Di bawah kepingan puzzle itu pula terdapat nilai RM20,000 menanti untuk didedahkan yang bakal disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pemerkasaan wanita.
Para pengguna boleh menyertai aplikasi kempen Women Empowerment dengan cara mengimbas kod QR di belakang kepingan puzzle atau daftar masuk di http://apps.facebook.com/fairfirmfabulous. NIVEA akan menyalurkan RM5 kepada dana kebajikan Women Empowerment daripada setiap penyertaan. Tiga peserta dengan mesej pemerkasaan terbaik akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai lebih RM3,000.
NIVEA Extra White & Firm Q10 boleh didapati dalam bentuk botol roll-on 25ml pada harga RM4.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak) dan botol roll-on 50ml pada harga RM9.80 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak). NIVEA Extra White & Firm Q10 juga boleh didapati di semua pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang NIVEA Extra White & Firm Q10, layari www.NIVEA.com.my dan laman Facebook rasmi di www.facebook.com/myNIVEA.

5 Comments
wah..pergi event..bestnye.
ReplyDeleteWahh, menarik! :)
ReplyDeleteok .. deodorent nivea mmg feberet kak liya.. ^_^ Haiii Sally! dah lama nya tak datang sini.... Rindu!!
ReplyDeleteNivea selamanyaa di hati. Hahaha :P
ReplyDeletelawanyeee si Salehaaa tu.. stuju dengan motto yg Sally pegang tu..
ReplyDeleteCT x ingtla penah ke dak try product Nivea ehehe..
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!