Jujur kata, ini kali pertama Sally masuk ke KidZania...dengar kata mahal fees nak masuk, jadinya Sally pun takde la rasa nak masuk...pulak khas untuk kanak-kanak meneroka kerjaya mereka...Awok pulak dah mmg kerja, sambung pun bidang Business Administration (Human Resources), rasanya tak payah la nak teroka bagai...hahahaha...
Kisahnya bila Sally menghadiri majlis pelancaran Carrie BacBuster yang diadakan di KidZania, dah alang-alang dapat masuk tu...mmg Sally tak lepaskan peluang untuk "teroka" apa yang ada disana laa...walaupun tak dapat nak masuk, atau pun nak mencuba lebih...jalan-jalan tengok pun boleh laaa...
Eh, kak Anil Wanina buat ape tu?
Dalam ni sempat juga la nampak beberapa kerjaya yang boleh dipilih oleh kanak-kanak, antaranya polis, bomba, doktor, jururawat, hakim, peguam...tak lupa juga beberapa servis lain seperti kedai makanan, kedai jualan kereta dan pelbagai lagi yang Sally tak ingat dah...
Dalam KidZania ni banyakkan organisasi besar yang mmg kita dah ketahui...seperti AirAsia, Honda, CIMB Bank dan sebagainya...
Jujur kata, mmg kanak-kanak akan mudah teroka tapi bagi Sally pemilihan didalam KidZania ni tidak telus...kanak-kanak mungkin akan bina "kerjaya" yang nampak indah walhal dalam dunia ni tak semua dapat kita capai semudah petikan jari...
Tapi apa yang Sally boleh rumuskan, KidZania ni membantu kanak-kanak berfikir secara matang, lebih berdikari dan InsyaAllah bakal memilih kerjaya yang sesuai dengan mereka nanti...Perkembangan kanak-kanak boleh di pupuk dari masa ke semasa...
11 Comments
Dania suka kat sini..she really enjoy....
ReplyDeleteuntuk kanak tempat ini memang best =)
ReplyDeletemcm best jer..:)
ReplyDeleteBESTNYA KAKSALLY =)
ReplyDeleteutk org dewasa , byk aspek yg mrk fikir , tapi utk budak , apa yg ada depan mata tu lah yg mrk suka . fikiran mrk akan berubah ikut peredaran usia ...
ReplyDeleteYeah.. Indah khabar dari rupa sebenarnya. Dunia org dewasa tak seindah imaginasi waktu kecik T_T
ReplyDeletetakpe, maybe tujuan asalnya untuk beri pendedahan dalam situasi bekerja...
ReplyDeletebebudak kecik akalu pegi sini bestlahh :P Nani pun tak penah sampai lagi. Hahaha
ReplyDeleteTak pernah lagi jejakkan kaki ke sini.
ReplyDeletesetiap kali lalu dan tgk saja papan tanda. mmg dgr bayaran dia tinggi dan bab tak telus tu.. hmm..
ReplyDeleteTak apalah. Mungkin ini permulaan utk mereka keluar perlahan2 dari dunia permainan mereka.
memang plan nak bawa anak buah dtg sini.. tp nak tunggu dia besar sikit.. masuk
ReplyDeletestandard 1 nanti boleh la kot.. upah kalo exam okay =D
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!