Rata-rata orang kita suka dengan populariti, bagi Sally cukuplah sekadar dikenali oleh mereka yang ingin berteman tidak perlu sehingga ingin ditempah populariti...Komuniti blogger tidaklah sebesar mana, tapi kalau dikenali itu satu keberuntungan.
Bercerita tentang dunia blogger, mungkin akan ada yang tidak setuju dengan beberapa fakta yang Sally akan keutarakan tapi ini yang sebenarnya ada terjadi dalam dunia blog ini sampai Sally rasa kadang-kadang tu tak ingin tunjukkan muka pada umum selain melalui blog.
- Terlalu obses dengan populariti
- Hanya melayan mereka yang tertentu
- Memandang rendah pada rupa paras atau bentuk fizikal
Tapi...itu apabila kita kenal dengan rakan-rakan kita sejak sekolah, jadinya blogger yang baru sekali atau dua kali bertemu, apa hak mereka untuk menghina? Definasi bergurau tidak perlu sehingga menghina...tak selamanya senyum itu mampu menutup kesedihan...
- Kenapa blogger otai berdiri teguh walau tidak mengejar populariti?
- Bangga diri
Jadi, mereka yang menulis untuk majalah, akhbar semua...tarafnya dimana?
Ada banyak lagi point, mungkin ada yang Sally terlepas pandang...dan ada sebahagiannya malu untuk Sally perkatakan...sedih, salah satu emosi yang menyentap diri sekarang...mengapa komuniti kita terlalu lemah dalam penguasaan harga diri...Jangan kerana nama, habis semua dibuang.
Maaf jika ada yang terasa hati...cuma Sally tak nak komuniti kita jadi bahan hinaan masyarakat...cukup lah mereka yang menulis tanpa mengambil tahu perasaan orang lain, jangan la kita sesama kita pun nak bermasam muka..
Always be yourself, express yourself, have faith in yourself, do not go out and look for a successful personality and duplicate it. - Bruce Lee
17 Comments
komuniti blogger ni banyak dahannya...
ReplyDeletekalau nak listkan... bermacam2 jenis blogger ada....
yang baik, yang buruk, yang positif, yang negatif, yang giler glamer, yang pemalu tahap nirvana......
for me, sometimes virtual world is better than reality....
tapi lama mana nak hidup dalam dunia maya je....
eventhough, blog saya tak popular n tak se-gah blogger2 lain...
saya rasa, itu semua tak penting...
well.. tapi semua ni depend pada diri masing2 lah..
bersabarlah sally..manusia ni mcm2 ragam dan perangai..susah nak puaskan hati semua org..akak pun dah banyak lalui benda2 mcmni even kt opis sendiri..it's ok for me, as long ko x kaco hidup aku..tu je prinsip akak..org baik ngan akak, 1000x akak akan balas kebaikan org tu. tapi kalau sekali org kaco hidup akak, jgn lupa Allah sentiasa bersama kita, Allah bayar cash je tau..ek eh..over sudah akak ni..hahahahaha..ampun
ReplyDeletebetul tu kak sally. dlm berblogging ni tak perlu pun nk kejar popularity. blogger yg dh famous mcm fatin diana, namee roslan, irine nadia semua tu terkenal sbb gaya penulisan yg santai dan bnyk cerita tentang personal life diorng. bukannya diorng sendiri yg obses dgn popularity :) suka sgt baca blog2 diorang. hehe
ReplyDeleteDunia blogger memang macam2. Akak banyak juga follow instagram blogger ni, ada juga yang betul disebalik penulisan Sally tu. Tapi biasa lah manusia kan...
ReplyDeletesetiap manusia itu berbeza.. blogger adalah manusia jugak.. just ignore je yg negatif2 ni Sally.. :)
ReplyDeleteBetul tu kak Sally :-)
ReplyDeleteAs salam. Menarik topik Cik Sally ni. Semuanya benar. Namun ada blogger hebat juga yg tidak sombong dan cepat mesra even kita ni baru lagi walaupun ramai juga yg sedemikian.
ReplyDeleteBersabarlah ya Cik Sally. Hidup kita ni tak kekal lama... kecantikan dan harta tak bawa ke mati pun sebenarnya. Anugerah tu tau memiliki fizikal sebegini. Pedulikkanlah apa kata org lain.
K. Keep up blogging n smile always ^__^
Jadi diri sendiri lebih baik. Takyah nak bermegah dengan populariti. Tak ke mana pun nanti :D
ReplyDeleteperkataan blogger tu sendiri.. entahlah.. apa yg nak dibanggakan? bermula dari tulis suka-suka untuk meluahkan rasa hati (mungkin pd sesetengah orang) kemudian apa? kenapa nak tersasar dari landasan hanya kerana penulisan kita diminati orang? tak semua blogger macam tu kan, salah sorangnya cik sally sendiri.. hehe.. yg penting kita kenal siapa diri kita. kita tahu apa yg kita buat. jadi blogger yg ala-ala POYO mcm cik sally cakap tu, biaq p kan depa saja. eh menyampahlah pulak sy bila imagine orang yg sebegitu.. huhu
ReplyDeleteblog lah untuk berkongsi cerita yang bermanfaat atau pengalaman atau just for fun..minat..menulis untuk populariti.....errmmmm entah,,sounds not good. nak popular sangat pun nak buat ape ye dak..
ReplyDeletesinggah jumaat sally ! *cantik background..
ReplyDeletealaaaa sally.. jangan dilayan sangat org2 luar yg rasa diri itu popular. janji kita bahagia apa yg kita ada. senyum k
Betul tu..tak perlu la nak masuk newspaper tapi content blog tak seberapa. Penulisan tu lagi penting. Saya ni cakap macam blogger yg dah hebat pulak. Poyo betul. Huhuhu...
ReplyDeletetak pernah terpikir untuk jd glamer & kaut keuntungan dalam blogging.. masih sedar diri.. lagi pon masih terlalu baru... heeehehee... btw, haiippp..tak baik merendah2kan orang lain.. bukan je kat blogger.. kat semorang skalipon ..menghina lagi..tak patut betul kalau macam tuu..
ReplyDeletesetuju jugak dengan kak sally... ramai jugak blogger otai yng merendah diri, dan menulis dari hati kan....dan ramai sgt2 blogger2 yg baru gah dengan name 'blogger'....padehal blogger dah otai xde pon gah sgt...merendah diri jer kan...xpe kak sally, jangan peduli orang pandang fizikal... yang penting hati kita cantek kak sally....kita sayang kak sally... kak sally takmoh sedih tau...kita post arituh, kak sally menang giveaway kita, tapi kak sally xtuntut...tapi kita post jugak FM nya pada kak sally, kita ada alamat...tunggu tau :D FM germany is on theway to meet u, my dear sister :D
ReplyDeleteMacam-macam ragam dalam dunia blogging ni sebenarnya. Saya mungkin tak rasa sangat apa yang kak Sally rasa sebab saya takde dekat Malaysia sekarang. Tapi, sedih pula bila baca.
ReplyDeleteAsam garam dalam blogging...mana yang usha lebih akan dapat lebih ..popular atau tidak deoebds on bagaimana sesorang blogger tu mencari tapak untuk berjaya...if popular satu bonus. .if tak...kita ada cara kita sendiri dan ada follower yang rajin bertandang kan...pada akak..popular x kemana..cuma .usaha menaikkan traffic dan mempelbagaikan penulisan yg sgt2 penting...blog xde bahan x de isi dan lemah dalam penyampaian pun x bagus..apatah lagi blog yg propa kan...baik ikut diri kita sendiri...
ReplyDeletehihihi iols blogger picisan melukut di tepi gantang saja.. betul Sally ckp blogger yg hebat2 tu ramainya yg baik2 hati n mudah mesra.. tp ada juga yg buat layan x layan.. ye la.. ce sebut nama blog kita.. mana kenal hahaha.. tapi xpela.. balik pada niat.. tulis blog nak isi masa lapang.. nak hilangkan bosan.. tu je..
ReplyDeletesyukur dgn kawan2 yg disekeliling CT skrang.. thanks untuk Sally jugak.. hehehe..
ada juga masa melayan blog kiteeee..
#muahciked
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!