Hei Sushi, Alamanda : Bukan sekadar sushi!


Dengar pada nama dia, nampak macam kedai sushi biasa je kan...tapi Hei Sushi ni ada kelainan pada menu yang ditawarkan...semuanya mmg bagi kita rasa makanan Jepun yang lain daripada yang lain...Senang kata makanan Jepun tapi berkonsepkan kontemporari...hihihi...


Hei Sushi ni mula dibuka di Singapura, dan merupakan restoran sushi pertama yang mendapat sijil halal di Singapura dan dah ada 4 branch di Singapura dan Hei Sushi, Alamanda merupakan branch pertama yang dibuka oleh mereka di Malaysia.

Hei Sushi ni adik beradik juga dengan Sakae Sushi, cuma bezanya pada menu yang ditawarkan...So, jom kita tengok menu apa yang ada...

Flower Tea (RM 7.99)

Masa sampai je restoran ni, kami disajikan dengan Flower Tea...yang uniknya folower tea ni sebab ada bunga dalam teko kecik yang jernih...so, nampak cantik...teh yang disajikan ni merupakan teh Jasmine atau dikenali juga sebagai teh bunga melati..

Siapa peminat sashimi?

Di Hei Sushi ni...mereka ada juga sediakan sashimi yang segar, boleh pilih nak 3 jenis, 4 jenis atau 5 jenis bahan dalam tu...kalau nak lebih pilihan pun boleh jugak...

Omakase Moriawase (RM 23.99-59.99)
Kalau macam yang kat atas ni...ada lebih daripada 8 jenis...octopus, salmon, tuna, scallop dan macam-macam lagi...itu pun kalau korang suka makan sashimi yang mentah laaa...tapi jangan risau sebab sashimi dorang sajikan ni mmg fresh! segar dari ladang...gittew!

Hei Maki (RM 13.99)
Ini kira Chef's Signature laa...dah alang-alang ada kat Malaysia, chef pun buat la menu menggunakan makanan Malaysia...jangan terkejut sebab inti kepada maki ni ialah otak-otak!! Maki ni juga dilengkapi pasangan serasi mereka, timun dengan telur dadar...dibalut dengan rumpai laut, celup tepung tempura dan goreng! Memang lain!

Jackfruit Ebi Maki (RM 15.99)
Ini pun mmg sangat Malaysian-style! Pernah makan maki yang yang berintikan udang tempura dan nangka? Ini lagi rare! Walaupun mungkin nampak sedikit pelik, tapi sebenarnya ini yang paling sedap...nangka dan udang...walaupun agak janggal, tapi yummehh!

Temari Sushi
Sushi yang comel! Hihihii...masa awal-awal nampak dia rasa sayang nak makan...sebab saiz dia yang comel dan yang paling penting sebab dia bulat-bulat...hahahaha...selalunya kita nampak sushi berbentuk bujur kan...tapi kalau di Hei Sushi ni, sushi dia semua bulat-bulat...comel-comel!

Ingredient dia akan berubah dan selalunya ada otak-otak, chicken floss, tuna dan kadang-kadang salmon dengan avocado...dia akan datang dengan 5 biji dalam setiap sajian...

Maguro Steak Rikkyuyaki (RM 22.99)
Jujur kata, ni menu yang paling menjadi kegemaran Sally...walaupun yang ni agak mahal sebenarnya tapi sedap... Masa awal-awal menu ni datang depan mata, Sally ingatkan ianya daging...tapi rupanya menu ni merupakan ikan tuna yang dimasak dengan sos bijan yang beraroma dan disajikan bersama bun yang di kukus...Kalau korang berkesempatan nak kesini, jangan lupa cuba menu ni tau!

Hei Tori Specialty
King Platter
Hei Tori Special & King Platter ni merupakan antara hidangan utama yang ada di Hei Sushi...kedua-duanya mmg sedap...untuk kedua-dua hidangan ni korang boleh pilih nak jadikan dia main course sahaja atau nak datangkan dia sebagai (3 course meal) atau (5 course meal)...terpulang kepada korang laa...Kalau jenis malas nak memilih, pilih je (3 course meal) atau (5 course meal)...senang! Tunggu je dorang hantar...hahaha

Sally suggest Hei Tori Specialty!

dan....yang paling akhir...takkan lengkap rasanya kita makan kalau tak habiskan dengan pemanis mulut atau dessert!

Jack-fruit Temptations (RM8.99)
Nangka dalam menu ni digoreng garing dengan salutan tepung tempura dan di datangkan dengan satu scoop aiskrim berperisa vanila yang disiram dengan sos butterscotch! Sedapnyaaaa...wajib cuba tau!

Secara keseluruhan, Sally suka dengan semua menu yang ada...cuma Sally tak berapa gemar makan sashimi...perut melayu + Korea plak...hahaha...tapi Sashimi ni kalau kena dengan selera, kena cara makan dia, sebenarnya sedap je...

Credit : Facebook Sidney Kan
Kalau berkesempatan, nanti boleh la berkunjung ke Hei Sushi di Alamanda, Putrajaya ye...Rasai kelainan makan Jepun dengan gaya kontemporari..!

Hei Sushi
P03A, Plaza Level, Alamanda Shopping Centre.
(Berhadapan dengan pusat boling dan nak senang cari turun escalator daripada food court)

Facebook : Hei Sushi Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE 2016

Good news!
Hei Sushi are pleased to inform that they are now officially halal certified by JAKIM.
Please like and share this great news with your family and friends.

Post a Comment

16 Comments

  1. comellah temari sushi tu. bulat je. menu dia semua nampak sedap, sekali tengok harga... haha benda sedap mmng selalunya mahal sikit. kira berbaloi jugak kesedapan dgn harganya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mmg bulat bulat gitu..hihihi...agak la mahal...tapi quite okay sbnrnya :)

      Delete
  2. kupon ada tapi jauh sangat la Alamanda tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la kita g lagi jom..hihihi...sedap la makanan dia...

      Delete
  3. makan sushi kat tesco ja.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. comelnya sushi2 ni.. sayang nak mkn ni klu ada depan mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sampai depan mata, tutup mata baru ambik..hikhik

      Delete
  5. tuna memang sedap!!! hahhahaha yummy

    ReplyDelete
  6. Comelnya template !
    haha.. !!

    Tapi sushi tu... alahai... kalau Sha pun sayang nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn! hahahaha...dah la bulat-bulat...gerammm jee..kekekke

      Delete
  7. Sashimi tu mmg kna order or optional spe nak order spe x mkan x yah order,smua nampk sedap��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut selera laa...dia bukan wajib pun...kalau nak makan baru order :)

      Delete
  8. bhahaha ritu approach nk review.. pttla kena rejek.. depa da panggil hampa2 ni =(
    sedey la daku blogger picisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duh! tahun lepas masa dia opening lagi kot dah poie..kekeke...

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!