10 Tips Cekap Tenaga!

Kecekapan tenaga ialah penggunaan teknologi yang memerlukan kurang tenaga untuk menjalankan fungsi yang sama. Menggunakan tenaga secara bijak bermaksud menggunakan tenaga dengan cekap dan efisien. Dengan menggunakan tenaga secara bijak kita boleh mengurangkan bahan pencemar di dalam udara dan air, menghasilkan alam sekitar yang lebih baik kepada semua.

Di rumah, di pejabat...semua orang menggunakan tenaga setiap hari baik untuk pengangkutan, memasak, memanas dan menyejuk bilik, pembuatan, pencahayaan dan hiburan. Pilihan terletak di tangan kita bagaimana kita menggunakan tenaga yang mana memberi kesan kepada alam sekitar dan cara hidup kita. So, hari ni sally nak kongsi 10 tips untuk menjadi orang yang menggunakan tenaga dengan cekap.



  1. Padamkan lampu / suis di ruang yang tidak digunakan.
  2. Gunakan tangga untuk ke aras yang lain.
  3. Meletakkan komputer peribadi / laptop mada "sleep mode" apabila tidak digunakan. Lagi baik jika terus ditutup untuk mengurangkan penggunaan tenaga. 
  4. Gunakan peralatan elektrik sesuai dengan keperluan. 
  5. Jangan buka tingkap apabila penghawa dingin sedang digunakan.
  6. Pastikan peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan rumah atau ruang pejabat. 
  7. Gunakan lampu cekap tenaga.
  8. Gunakan peralatan elektrik yang berlabel "5 Bintang".
  9. Tetapkan suhu penghawa dingin pada suhu tidak kurang daripada 24 darjah celcius.
  10. Gosok pakaian sebanyak mungkin pada satu-satu masa daripada menggosok berulang-ulang kali dalam sehari.

Dengan penggunaan tenaga yang jimat membantu mengurangkan penggunaan dan pembakaran sumber-sumber tenaga semula jadi seperti gas asli, minyak dan air disamping membantu mengurangkan bil utiliti. Sesetengah tenaga yang digunakan oleh kita ialah tenaga yang boleh diperbaharui. Ini termasuk tenaga solar, tenaga kincir angin, tenaga geotermal dan tenaga hidro. Jenis-jenis tenaga ini adalah daripada jenis yang boleh diperbaharui atau boleh dijana semula.

Bahan api fosil antara contoh bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui kerana bahan bakar fosil mengambil masa berjuta-juta tahun untuk terbentuk kembali dan sumber-sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini mempunyai jumlah had yang tertentu. Ini bermakna ia tidak boleh dijana atau diganti semula.

Apabila ia telah tiada, ini bermakna kita sudah tidak mempunyai bahan api fosil dan ia tidak boleh digunakan lagi. Jadi, kita sepatutnya memainkan peranan yang sebaik mungkin untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Jadi bijak untuk masa depan yang lebih terjamin…

Post a Comment

0 Comments