Posisi tidur tunjuk personaliti

Hari ni bercerita tentang tidur....huarghhh...mengantuk nya dekat office ni...aircond sejuk pulak...bawah meja ada bantal...hehehe...bos pun takde....ish ish...syaitonn! Korang tau tak yang gaya tidur atau posisi tidur korang boleh menggambarkan personaliti diri...? Meh sally nak kongsi meh...

Tidur terlentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Keluarga adalah agenda utama tetapi mengalami kesukaran untuk bercinta mungkin disebabkan agak memilih.

Selubung seluruh badan dengan selimut
Sering nampak macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya adalah individu itu ialah seorang yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain.

Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Individu gaya tidur ini ialah seorang yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini.

Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara tidur sebegini menunjukkan identiti dirinya yang sebenar. Seorang yang cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu juga, ia tergolong dalam kategori pemboros namun bernasib baik kerana pendapatan yang dimiliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu.
Posisi tidur tunjuk personaliti
Gaya bayi
Akhir sekali gaya tidur ini majoritinya wanita. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensitif dan ada kalanya pemalu.

Ehem..ehem...sally yang terakhir sekali...cuba bayangkan sally tido macam baby...comel kan sally..? *penampar

Post a Comment

13 Comments

  1. haha, kte tidur mengiring dengan beralaskan sebelh lengan tangan di kepala, sebelah tangan lagi peluk bantal sambil selubung seluruh badan dengan selimut.

    Acane pulak tu? hehe

    ReplyDelete
  2. kak yg no 3.. kdg2 yg las tu hehe.. ^_^

    ReplyDelete
  3. hahah. comel sally.. nah lempang.. hihi,..

    ReplyDelete
  4. gaya tidur pun ada maksud.. ok dah tahu dah Ros yang man.. tapi tak nak bagitahu Sally :)

    done hishop

    ReplyDelete
  5. semua gaya shark ada nie.
    hehehe.
    hebat ni.

    ReplyDelete
  6. Tak nampak ciri2 Vee pulak :O

    ReplyDelete
  7. Hi Sally & friends.. salam perkenalan..
    Jemput join contest kami di http://laishcloset4u.blogspot.com/p/vintage-contest.html ya..
    Boleh dapat hadiah best!! Ajak rakan-rakan lain sekali tau. The more the merrier =)

    ReplyDelete
  8. lia yg kedue kot?? atau semueeee. haha

    ReplyDelete
  9. hana 4 dengan 5. haha :D

    ReplyDelete
  10. sha gaya free style. macam-macam adoo :P

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!