Kebanyakkan kita kan bekerja kan...yang suri rumah pun boleh jugak baca..hehehe...Sally bukan la Fashion Goddess...just nak kongsi je...alhamdulillah la kat office sally mostly yang perempuan muslim...so, takde la yang pakai pelik-pelik...tapi macam kawan sally cakap...dia lelaki....dia kalau kat office kena banyak beristighfar..hehehe..tau kan kenapa...?
Memakai alat solek dengan tebal
Kepada wanita yang suka bermekap elakkan dari bermekap tebal kerana jika
terlalu tebal ianya bukan mencantikan tetapi kelihatan pelik dan
bukannya kecantikan semulajadi. Sebaiknya guna solekan yang nipis .
Selain itu, pemakaian pembayang mata seperti 'eye shadow', warna
lipstick tidak perlu terlalu terang dan menonjol sehingga
membuatkan anda menjadi seperti badut. Elakkan penggunaan mekap yang
keterlaluan bukan seperti anda nak pergi ke pejabat tetapi kelihatan
seperti anda nak pergi parti.
Elakkan dari memakai pakaian telalu seksi
Memakai pakaian seksi yang menjolok mata seperti mendedahkan lurah dada
boleh merosakkan imej profesional dan tidak sesuai untuk persekitaran
profesional.Nanti kalau kena sexual harassment kat office nak salahkan siapa..? huhu....
Pakai pakaian yang sesuai untuk badan anda
Pilihlah pakaian yang mengikut etika tempat kerja anda dan mengikut
standard yang telah ditetapkan kerana sekiranya tidak mengikut garis
panduan itu menunjukan anda seorang yang tidak berdisplin yang mana
sekaligus menunjukkan imej anda yang tidak tahu bergaya.
Elakkan dari memakai aksesori yang berlebihan
Tidak salah untuk bergaya lebih ke tempat kerja tapi haruslah bersesuaian
seperti tidak memakai aksesori yang aneh dan ganjil kerana ianya akan
membuat anda menjadi perhatian rakan sekerja dan untuk pemakaian kasut
sebaiknya tidaklah memakai selipar kerana ia tidak melambangkan professionalism anda itu sendiri.
Kita ni berpakaian, biar la kalau orang kata baju dah lama atau ketinggalan zaman...jangan kita berpakaian macam manusia di akhir zaman...
^_^
15 Comments
kita pakai baju kurung no assesori..:)
ReplyDelete@Normi Nieza hehe...bagus cik nor!
ReplyDeletePart lurah tu paling sensitive. Byk org skrg suka beli v-neck punya ternampak lurah. Ya ampun, rasa nak tarik ke ats je baru dorang. Haha. Lg2 laa para Madam kat sini. Hilang respect kat dorang. Huhu..
ReplyDeleteBetul..nk berpkaian kna bersederhana begitu juga dgn solekan..nnti lbih2..nmpk plik pulak..hehe
ReplyDeletehaha, buruknya fesyen dia..
ReplyDeletenak bergaya biarlah kena pada tempatnya ye tak?
ReplyDeletekak pegi keja macam nak pegi jalan2. kdg2 pakai baju kurung. bab mekap tu memang tebal tapi xsmpai tahap badut kot, tak tau la kot ada org kata kak macam badut tapi kak xtahu hehe
ReplyDeleteadeh sape la sgup pakai nih gi ofis
ReplyDeleteterlalu banyak aksesori..susah juga kan..huhuw..
ReplyDeletefesten dalam gambar tu memang burukk -_-"
ReplyDeletehm,yg pakai tudung sanggul tinggi2 pastu besar plak tu mcm sarang tebuan atas kepala padahal receptionist je...
ReplyDeletekalau hana sbg qualified nurse hana kena make up. sebab nak ceriakan pesakit. kalau tak kena marah dengan puan hana masa belajar dulu lah. haha tp hana tak praktik kan pown. malas. so act make up tu perlu tapi yang lebih2 tu melampau. haha :D
ReplyDeletesetuju dengan semua tips ni sally.. pakai pakaian bersopan, jiwa pun tenang..
ReplyDeletegambar last tu memang takleh blah..hahaha
ReplyDeletekita setuju dengan entri ni
ok that one nice going office wearing like this..konfem kepala sangkut kat pintu..kekekek
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!