“Saya Sudah Bertunang Dengan Uqasha Senrose” – Pekin Ibrahim


Assalamualaikum..

ohartis-pekin-ibrahim-uqasha-senrose-bertunang

Sebelum ini melalui gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Uqasha Senrose menimbulkan tanda tanya tentang hubungan cintanya bersama pelakon Pekin Ibrahim. Ada gosip yang mendakwa mereka telah pun berpisah.
Namun, Pekin tampil membuat pengesahan bahawa hubungan mereka masih lagi berjalan seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah.
“Memang kebelakangan ni status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat. Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun,” ujar Pekin Ibrahim.
Malah, Pekin juga membuat pengakuan bahawa dia dan keluarganya telah pun menghantar rombongan merisik dan telah pun bertunang pada awal bulan ini.
“Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini,” kata Pekin Ibrahim tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut.
SUMBER

Post a Comment

3 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!