Tadaaaa...! nampak sedap tak..?? hihihi...time tulis entry ni...cendawan ni dah selamat dalam perut...teringin tibe-tibe...sebab dulu kat kolej ade 1 kedai yang jual camni..."Kelantan Freid Chicklen"...bukan salah taip...mmg betul dia ejaan camtu...hihihi...konon tak nak sama la dengan KFC...
meh nak ajar masak meh...sape nak amik resepi ni amik jela...resepi main taram jer ni...hihihi
Bahan – bahan :
1 packet Cendawan Tiram
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh tepung beras
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari daging/ayam
sedikit paprika/serbuk cili @ lada hitam
Sedkit garam (secukup rasa)
Cara-cara membuatnya :-
1. Pecahkan telur dan gaulkan cendawan tadi dalam mangkuk.
2. Kemudian ambil satu mangkuk yg berlainan untuk tepung tadi.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk kunyit,lada hitam @ serbuk cili dan garam tadi ke dalam mangkuk tersebut, dan gaulkan sehingga sebati.
4. Setelah selesai gaul hingga sebati, celup cendawan yang telah di gaul bersama telur tadi ke dalam serbuk tepung.
5. Panaskan kuali selama beberapa minit sehingga minyak betul2 panas, kemudian goreng selama beberapa minit sehingga warna cendwan menjadi coklat kekuningan.
senang kan ?? cuba la... ^_^
4 Comments
sedapnya..^^
ReplyDeletesedaap raihan ! cuba la...senang jer :)
Deleteselalu makan ni..tapi yang dijual tu tak pernah jumpa yang sedap la...hihi..nanti try la ok..
ReplyDeletehehehe...cuba la buat pulak...lagi banyak dapat...lagi puas makan!
DeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!