About

Blog ini adalah merupakan perkongsian cerita dan pengalaman Sally Samsaiman yang suka melancong dan bercuti, selain berkongsi mengenai resepi dan makanan sedap-sedap.

Selain daripada melihat gambar-gambar cantik percutian oleh Sally Samsaiman, blog ini juga turut berkongsi tips dan panduan ketika bercuti, terutama percutian di luar negara. Pastinya ramai yang ingin tahu, mana tempat makan halal, mana tempat menarik untuk dilawati, bajet percutian dan sebagainya.

Blog ini juga menyiarkan resepi-resepi menarik untuk dicuba, selain review tempat makan yang sedap.

Boleh dikatakan, apa yang dikongsi menerusi blog Sally Samsaiman ini adalah sesuatu yang boleh dijadikan panduan dan rujukan samada untuk kaki melancong (travel), kaki makan dan pencari resepi.

Semoga apa yang diterbitkan dapat dimanfaat sebaiknya.