CLEODORA? Perhiasan Mewah Dewa Dewi Kayangan?
Perempuan dan perhiasan mmg tak dapat dipisahkan...tak salah rasanya kalau Sally nak share dengan korang tentang koleksi terbaru Cleodora sempena Aidilfitri 2017. Tahun ini mereka menggunakan tema "Bling Bling Aidilfitri" sebagai tema utama koleksi terbaru ni..
Sedikit info tentang Cleodora:
Cleodora telah diasaskan oleh Dato Sri Ratu sejak tahun 2011 tapi kurang mendapat perhatian kerana kurang pendedahan pada media dan sosial media...Jadinya pada tahun 2014, Cleodora bangkit dengan koleksi Flora dan Fauna yang menjadi kegilaan kerana konsepnya yang unik, elegan dan mewah dan sejak daripada itu Cleodora telah mendapat tempat dihati wanita dan digelar sebagai 'Perhiasan Mewah Dewa Dewi Kayangan'.
Baru-baru ni Sally dapat la tengok koleksi mereka ni di galeri pameran mereka yang terletak di Menara Maxis, KLCC..Masuk je galeri tu dah bling bling mata sebab tengok semua benda yang cantik...daripada koleksi cincin, gelang tangan, gelang kaki, rantai leher, dan subang telinga.
Cleodora menggunakan emas kuning dan putih kualiti 24K, yang mana mmg sudah ketahui umum ianya mudah dibentuk, teguh dan tidak akan pudar walaupun didedahkan pada air, habuk atau haba. Sesetengah rekaan merupakan rekaan aspirasi daripada pengasasnya sendiri kerana beliau sangat menitikberatkan kualiti dalam rekaan setiap satu koleksi Cleodora.
Cleodora juga mendapat sentuhan daripada pakar-pakar pembuat barang kemas daripada Itali dan India yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang ini.
PELUANG KEUSAHAWANAN BERSAMA CLEODORA
Selain daripada menjualnya, Dato Sri Ratu juga menjadikan Cleodora sebagai satu 'trend' perniagaan..Selain daripada bimbingan profesional dan latihan pengurusan perniagaan, mereka yang berminat juga boleh mendapat pelbagai insentif lumayan termasuk pakej percutian, wang tunai dan kenderaan mewah.
Seperti yang Sally maklumkan tadi, ada sebuah galeri yang dibuka di Suite 110 dan 111, Tingkat 26, Menara MAXIS, KLCC yang dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9am - 5pm. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Eksekutif Pemasaran Cleodora, Puan Hani (017-452 0144) atau boleh je layari laman Facebook : www.facebook.com/cleodoramy
Cantik cantik design nya...comel je..tak terlalu besar dan menonjol..sedang sedang..
ReplyDeletecantikkk!
ReplyDeletecantiknyaa. saya ni dahlah takleh tengok barang2 berkilau ni ><
ReplyDeleteMenarik dan semuanya cantik2 belaka la sally..
ReplyDeleteDah jumpa ke pengasas nya... ape nama penuh nta???
ReplyDeleteSaya belum pernah lg jmpe pengasas dia..
DeleteOhhh jadi mase tu jumpa sapa yer... sbb saya mcm berminat je biz tu...
DeleteEksekutif Pemasaran Cleodora, Puan Hani (017-452 0144) atau boleh je layari laman Facebook : www.facebook.com/cleodoramy
DeleteTrimas yer...
Delete