Minyak Pelincir Baru Keluaran Bumiputera Daripada Glide Lubricants.

Penjagaan kereta bukan terhad kepada luaran sahaja, tetapi enjin juga turut perlu sama dititikberatkan. Pemilihan minyak pelincir juga perlu difokuskan kepada kebaikkan pada enjin kerana sekarang ni terdapat pelbagai jenis minyak pelincir kenderaan untuk kegunaan yang berbeza-beza di pasaran. Minyak pelincir yang sesuai serta berkualiti tinggi dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta kita.


Syarikat Glide Technology Sdn Bhd yang telah melancarkan dua gred produk terbarunya iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Glide Group. Syarikat ini ditubuhkan pada 16 Januari 2007, memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants sejak 13 tahun yang lepas.

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan gas.


MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut dilengkapi dengan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.

Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk enjin sewaktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC)

Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa.


Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini Glide Technology Sdn Bhd menumpukan kepada pengguna kenderaan baru yang memerlukan fungsi kenderaan yang terbaik. Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol baru untuk kesemua produk keluarannya. Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.

Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah RM170.00. Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my

Post a Comment

0 Comments