SILK ROAD DELICACIES: RICE UNEARTHED BERSIARAN SEMPENA TAHUN BARU CINA MENERUSI ASTRO 4K UHD

“Silk Road Delicacies: Rice Unearthed” merupakan sebuah dokumentari kulinari yang menjelajah ke beberapa tempat di Asia untuk meneroka asal usul tradisi makanan Cina. Pelancaran siri itu telah disempurnakan oleh Encik Jing Shuiqing, Naib Presiden dan Timbalan Ketua Pengarang, China Intercontinental Communication Center. Dihoskan oleh pemilik restoran bertaraf Michelin, Chef Alvin Leung dan Juara MasterChef Canada, Chef Eric Chong, mereka bersama mengkaji sejarah, tradisi dan teknologi penghasilan beras sebagai inspirasi dalam penghasilan makanan dan membawa tradisi kulinari Cina ke tahap lebih tinggi. Bakal bersiaran pada Tahun Baru Cina nanti, dokumentari ini mempunyai 3 episod dan episod pertama akan disiarkan pada 25 Januari 2020 menerusi Astro 4K UHD.

Diarahkan pengarah terkenal Kabir Bhatia bersama kumpulan produksi dari Malaysia, penonton dapat melihat Alvin yang terkenal dengan personaliti tersendiri bersama perantis beliau Eric Chong menjelajah ke 7 bandar menawan di China, mengharungi hiruk pikuk kota Bangkok (Thailand), ke pedalaman Sarawak (Malaysia) dan kota metropolitan Dubai (U.A.E) untuk meneroka sejarah di sebalik penghasilan beras, di samping membawa bersama budaya dan bertemu pelbagai karektor sepanjang perjalanan.

Turut hadir sama ialah Chef Alvin Leung, Chef Eric Chong, Puan Anne Chan, Ketua Pegawai Operasi CJ ENM, Encik Lenny Leong, Astro SAVP, Acquisition & Distribution dan Encik Michael Jung, Pengarah Urusan CJ ENM.

Turut diadakan pertandingan memasak antara Alvin dan Eric di setiap episod. Dikenali ramai dengan panggilan “The Demon Chef”, Alvin Leung bukan nama asing dalam penghasilan hidangan berinspirasikan Kantonis dan merupakan figura terkenal dalam industri kulinari di Hong Kong. Alvin pernah berkata “Inspirasi datang dari semua termasuk lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bau dan kita perlu sentiasa berinovasi”.

Restoran beliau, Bo Innovation telah berjaya memperoleh pengiktirafan bintang Michelin sejak 2013 di mana Alvin telah mempopularkan hidangan terkenal beliau iaitu X-Treme Chinese, untuk mencipta makanan Oriental yang moden. Beliau juga turut menghiasi program MasterChef Canada sebagai juri.

Manakala Eric Chong yang berasal dari Oakville merupakan johan MasterChef Canada musim pertama dan pemilik restoran yang makin bersinar di dalam industri makanan. Perjalanan kerjasama antara Eric dan Alvin bermula di set MasterChef Kanada, dimana beliau berjaya menarik perhatian Chef Alvin Leung ketika itu. Alvin telah menjemput Erik ke Hong Kong untuk bekerja di restoran bertaraf Michelin beliau dan bersama mereka telah membuka restoran R&D (Rebel & Demon) di Toronto.

Siri ini dijadualkan disiarkan di tvN Asia dan platform lain di lebih 15 buah negara termasuk Korea Selatan, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timur Tengah. Siri ini juga akan turut disiarkan secara meluas kepada penonton melalui “USILK”, satu blok masa meliputi hampir 40 buah negara dalam pelbagai bahasa. “Silk Road Delicacies: Rice Unearthed”merupakan kerjasama produksi antara CJ ENM dan China Intercontinental Communication Center (CICC) yang meneroka inisiatif Belt and Road China dengan menjejaki bagaimana beras dihasilkan dan dihantar diantara China dan Malaysia, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu. Jangan lupa untuk menyaksikan Wok the World “Silk Road Delicacies: Rice Unearthed”pada Tahun Baru Cina nanti!

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!