Menunaikan Umrah Bersama Emraz Travel.


UMRAH BERSAMA EMRAZ TRAVEL | Menjadi impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, walaupun hanya sekali seumur hidup. Bila dengar banyak penipuan dalam pakej mengerjakan umrah, dan kadangkala yang terkena tu warga emas yang bertungkus lumus menyimpan duit untuk menunaikan impian mereka, sedikit sebanyak rasa sebal dan kesal tapi Sally tak risau sejak diperkenalkan dengan Emraz Travel.

Walaupun baru 2 tahun bertapak dalam industri, Emraz Travel sudah berdiri teguh dengan kepercayaan hampir 10,000 orang jemaah yang telah dan bakal pergi menunaikan umrah.

Mutawwif, staf dan jemaah yang pergi menggunakan penerbangan charter.

Jumaat lepas, Sally sempat juga ke KLIA untuk menghantar 284 orang jemaah (7 kumpulan) dibawah bimbingan 5 orang mutawwif yang bakal menunaikan umrah. Istimewanya sebab buat pertama kalinya Emraz Travel telah menempah penerbangan charter dimana hanya ada jemaah Emraz Travel sahaja di dalam penerbangan menggunakan Saudi Airlines pada 29 November yang lepas.

Jemaah juga akan ditemani oleh mutawwif yang sangat berpengalaman dan seramai 12 orang mutawwif juga merupakan staf tetap kepada Emraz Travel. Jadi takkan ada istilah jemaah ditinggalkan oleh mutawwif semasa membuat umrah di Tanah Suci.

Emraz Travel juga merupakan antara 4 agensi pelancongan yang telah mendaftar dan mempunyai kontrak dengan Hotel Safwah (terkenal sebagai hotel rasmi rakyat Malaysia) yang kedudukannya hanya jarak 50m daripada masjid.


Terdapat 4 pakej yang boleh dipilih;

PAKEJ SAFWAH PLATINUM
(Harga bermula RM 6,690)

PAKEJ SAFWAH GOLD
(Harga bermula RM 6,390)

PAKEJ SAFWAH SILVER
(Harga bermula RM 5,990)

PAKEJ SAFWAH BRONZE
(Harga bermula RM 4,990)


PROMOSI SEMPENA PERTAMA KALI PENERBANGAN CHARTER

BERITA BAIK BUAT SEMUA!

Pihak Emraz Travel telah melancarkan satu promosi buat mereka yang berminat untuk mengerjakan umrah pada MUSIM UMRAH 1442H (September 2020 - April 2021), dua daripada pakej telah diberikan potongan harga promosi! SYARATNYA perlu membuat pembayaran penuh dalam bulan Disember 2019 sahaja~

PAKEJ SAFWAH GOLD (Harga bermula RM 6,390) - Selepas diskaun hanya RM 5,990
PAKEJ SAFWAH SILVER (Harga bermula RM 5,990) - Selepas diskaun hanya RM 4,990

PROMOSI INI HANYA TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA!

Untuk mengetahui lebih banyak tentang pakej-pakej, perbezaan antara pakej dan sebagainya, boleh ke laman web emraztravel.com atau hubungi ibu pejabat Emraz Travel (03-8861 3361)

💭 Semoga kita semua akan menjadi tetamu rumah Allah satu hari nanti!

Post a Comment

8 Comments

  1. Doakan akk Dimurahkan rezeki ye...

    ReplyDelete
  2. Rindunya Mekah dan Madinah. Moga ada rezeki nak ke sini lagi. Boleh pegi dengan Emraz travel pulak

    ReplyDelete
  3. Ok dah tu harganya.. Murah.. Insyaallah zaza mendoakan sally dan semua diberi perluang untuk menunaikan umrah nanti..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tumpang gembira pada jemaah yg dapat pi umrah :)

    ReplyDelete
  5. Bila entah nak dapat peluang buat Umrah. Kalau boleh memang niat nak pergi sebelum umur 50.

    ReplyDelete
  6. menarik pakej Umrah yang ditawarkan, bilalah turn saya, teringin juga nak menunaikan umrah bersama family

    ReplyDelete
  7. harga dia ok sangat tu. pernah survey dlu.. manan yg mampu boleh ambil platinum

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah bagus juga pakej yang ditawarkan. Murah dan mampu untuk semua. Mudah mudahan ada rezeki akak pergi buat Umrah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!