Monday, December 2, 2019

'A Shimmery Christmastide' tema Avenue K untuk Krismas!


Diam tak diam dah nak penghujung tahun, satu lagi perayaan bakal menjengah kita dan semua orang sukakan Krismas! Bermula daripada 22 November sehingga 27 Disember 2019, tingkat bawah pusat membeli belah Avenue K and bertukar kepada ‘A Shimmery Christmastide’ sesuai dengan tema yang dipilih sempena hari Krismas yang bakal tiba.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pokok Krismas gergasi yang dihiasi dengan lampu-lampu yang bersinar, tak cukup dengan tu ada chandelier yang berwarna merah dan emas yang tergantung yang melengkapkan lagi tema Krismas tahun ini!


Sepadan dengan tema Krismas yang bertemakan semangat untuk berkongsi dan memberi, Avenue K juga telah menjemput anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL bagi meraikkan Krismas!

Mereka dibawak untuk membeli belah di Max Fashion sebagai persediaan untuk menyambut Krismas yang akan datang. Lebih istimewa tahun ini kerana pihak Avenue K telah menyediakan "Christmas Wishing Tree" dimana anak-anak diberi peluang untuk menulis dan menggantung hajat mereka sempena Krismas dan pengunjung Avenue K boleh menyumbang berdasarkan hajat yang ditulis.

Pengunjung boleh menghantar hadiah-hadiah yang telah disediakan di kaunter informasi dan pihak Avenue K sendiri akan menghantar semua hadiah kepada anak-anak yatim tersebut sebelum Krismas menjelang.


Pada acara pelancaran, semua pengunjung juga telah di hiburkan oleh Joy Victor manakala anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL juga turut menunjukkan bakat mereka dengan mendendangkan 'Christmas carol'.

Mereka juga turut disajikan dengan makan malam di Urbean.



Ada pelbagai hadiah, promosi yang akan berlangsung di Avenue K sempena Krismas kepada pemegang kad AK Neighbours. Semoga dengan kehadiran Krismas yang bakal mengjengah kita kurang daripada 20 hari lagi akan memberikan keceriaan, kasih sayang antara keluarga dan orang tersayang!

Selamat Hari Natal! :)

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!