Vivo V17 Pro Kualiti Mantap Dengan 6 Kamera.


Hasilkan gambar yang sempurna dengan dwi-kamera depan jenis pop-naik beresolusi 32MP dengan sokongan kuad kamera belakang beresolusi 48M

Selepas kejayaan V15, Vivo kembali dengan V17 Pro yang didatangkan dengan 6 kamera utama di depan dan belakang untuk pengambilan gambar yang mantap, dengan sokongan dwi-kamera depan jenis pop-naik beresolusi 32MP. V17 Pro juga tampil dengan Super AMOLED Ultra FullView™ Display, kuad kamera belakang beresolusi 48MP, bersama ciri-ciri yang ditambah baik khas.


Pengalaman visual yang tidak terganggu dengan kamera, earpiece, dan sensor yang tersembunyi
Dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci, kita boleh melihat tanpa gangguan. Rekaan V17 Pro juga bijak kerana menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan, dan sensor jarak ke dalam badan peranti ini supaya ianya kelihatan lebih kemas dan ekslusif.


Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam skrin. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, kita boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan selamat.


Dwi-Kamera Depan Jenis Pop-Naik Beresolusi 32MP Untuk Pengambilan Swafoto Yang Sempurna Pada Setiap Masa
Tampil dengan dwi-kamera depan yang premium, earpiece, dan Selfie Softlight serta reka bentuk aloi berbingkai penuh, sistem peranti yang baharu ini dibina untuk bertahan sambil menggabungkan aksi mekanikal dengan keanggunan artistik.

Kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP memastikan perincian yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil. Sudut lebar swafoto 8MP mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi pengambilan swafoto berkumpulan.

Untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto pada waktu malam, V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik.


Prestasi perkakasan yang kukuh untuk penggunaan yang lancar pada setiap masa
V17 Pro juga direka khas buat peminat permainan video. Ia dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya menaikkan taraf sistem operasi peranti.

Peranti ini juga dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan. V17 Pro juga menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain.


V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa. Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat.

V17 Pro yang didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Crystal White boleh didapati di Malaysia mulai hari ini dengan harga RM1,699. Dato' Sri Siti Nurhaliza telah dipilih sebagai duta untuk Vivo V17 Pro.

Post a Comment

3 Comments

  1. sally kita kena belis satu ke macam mana ni ? ahha

    ReplyDelete
  2. memang mantap betul ada 6 kamera..nak kamera cantik tokti :)

    ReplyDelete
  3. tudia sampai enam camera dia.. x ckup gak tataaaau la..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!