Sesi Bertemu Peminat Cha Eun-Woo di Kuala Lumpur Meriah!



Dihadiri hampir 1,900 AROHA (nama kelab peminat Cha Eun-Woo), ternyata Cha Eun-Woo mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri. Kepada korang yang kurang mengenali Cha Eun-Woo, beliau merupakan merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan ASTRO yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Fantagio Music Entertainment. Beliau memulakan karier sebagai ahli kumpulan ASTRO pada tahun 2016 dan bergiat aktif menerusi pelbagai bidang termasuk pengacaraan, duta produk dan banyak lagi.


Cha Eun-Woo juga pernah memenangi Anugerah Pelakon Rookie dan Anugerah Bintang Hallyu pada Anugerah Drama Korea ke-11 menerusi drama adaptasi web (web-toon); 'My ID is Gangnam Beauty'. Drama terbaru beliau bertajuk ‘Rookie Historian Goo Hae-ryung’ masih ditayangkan.

Sepanjang sesi bertemu peminat, Cha Eun-Woo telah menyampaikan 5 buah lagu termasuk Please Remember (OST Rookie Historian Goo Hae-ryung), Love Yourself, Rainbow Falling (OST My ID is Gangnam Beauty) dan yang paling istimewa; Sampai Ke Hari Tua (Until the old days).


Sesi bertemu peminat Cha Eun-Woo telah berlangsung pada 27 Oktober 2019 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, juga merupakan kesinambungan dari pelan Crazy 20 MacpiePro (anak syarikat Macpie Berhad).

Sila layari laman web atau media sosial rasmi MacpiePro untuk maklumat lanjut.
Laman web : www.macpiepro.com
Facebook : www.facebook.com/MacpiePro
Instagram : www.instagram.com/macpiepro

Post a Comment

2 Comments

  1. Nasib akak bukan peminat Korea..kalau x sure akak dah ada dalam ramai2 tu...

    ReplyDelete
  2. first time tgk dia berlakon dlm Rookie Historian...handsome sungguh..huhu..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!