Sunday, October 6, 2019

Buat Poke Bowl yang sihat di Fitlicious, Uptown Damansara.




Fitlicious, Uptown Damansara | Sekarang ni rakyat Malaysia dah ada kesedaran untuk menjaga kesihatan, bukan setakat dengan gaya hidup sihat, makanan pun jaga. Poke Bowl mula terkenal di Malaysia kalau tak salah Sally dalam 2-3 tahun yang lepas.

Poke; merupakan menu daripada Hawaii, yang kebiasaannya menggunakan ikan yang mentang di potong dadu dan di sajikan dengan sayuran dan disajikan sebagai pembuka selera atau menu utama. Sally mmg suka makan macam ni, banyak salad, sayuran, kekacang dan protein, bila dapat tau Fitlicious dibuka di Uptown Damansara, sepantas kilat Sally pergi~

Kalau korang nak tau, Fitlicious diambil daripada perkataan FIT + DELICIOUS, dan mula beroperasi pada bulan Mac 2019, outlet di Uptown Damansara merupakan outlet yang kedua, selepas outlet pertama dibuka di SS15 Subang Jaya.



Basically mudah je nak buat Poke Bowl, kalau dekat Fitlicious ni korang hanya perlu pilih 1 serving of protein, contohnya salmon, udang, ikan dory, ayam atau kalau korang vegetarian boleh juga. Lepas tu pilih 1 serving base, kalau korang nak nasi pun boleh atau kalau Sally, memang suka fresh salad sebab side dish dia Sally nak ambil sweet potato.

Untuk side dish, korang boleh pilih 4 serving...Biasanya Sally akan pilih keledek, brokoli, timun jepun dan lobak merah. Hahahaha...typical Sally mmg sejenis suka makan yang sejuk dan crunchy...Ramai yang tak tau Poke Bowl korang boleh nikmati panas juga tau, kalau korang jenis yang suka makan makanan panas, suam...boleh minta mereka panaskan, tapi kena pilih sayuran yang sesuai la untuk jaga kualiti dan zat.




Lastly, korang boleh taburkan kekacang atau seeds yang korang suka, Sally punya Poke Bowl biasanya akan ada Chia Seeds dan Walnut. Sos pulak memang Sally akan letak Roasted Sesame dan sedikit Olive Oil, kalau suka boleh letak herba untuk bau yang lebih menyelerakan, Sally suggest letak Rosemary8...hahahaha...entah la sihat ke tidak, tapi memang sedap, korang cubalah nanti~



Sally berpeluang untuk buat sendiri Poke Bowl Sally, memang teruja habis...Bayangkan la semua bahan-bahan yang segar ada depan mata, punya gembira bukan kepalang...hahahaha....kalau ada Avocado ke Dragon Fruit masa ni lagi best, teringin betul nak buat Poke Bowl yang ada buah-buahan, selalu kita letak sayur je kan.

Sally lagi sekali teruja sebab sekarang Fitlicious ada beberapa ingredient baru termasuklah seaweed salad, tofu, kentang bakar, keledek bakar dan yang paling istimewa, Kimchi yang dibuat sendiri oleh pihak restoran.

Untuk bulan Oktober 2019, setiap Sabtu dan Ahad ada promo BELI 1 PERCUMA 1 tau! Pastikan korang datang tau, berbaloi tauuuu...daripada sarapan dengan roti canai, baik buat Poke Bowl..hahahaha



Hah, yang ni Poke Bowl Sally, macambiasa Sally pilihayamuntuk protein Sally, fresh salad, tomato, sweet potato dan sweet corn...sorry sebab sos Roasted Sesame tu terlebih, haha...dan yang paling penting sekali, sebelah tomato tu ada KIMCHI okay~ hahahaha yours truly #KakakKimchi happy tau!

MyFitlicious, Uptown Damansara
41, Jalan SS 21/1a, Uptown Damansara, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Facebook: https://www.facebook.com/MyFitlicious
Instagram: https://www.instagram.com/fitlicious_dama

2 comments:

  1. #kakakkimchi forever ni kak sally haha. Blogwalking weekend sini :D

    ReplyDelete
  2. ini memang sihat ni.. Sally sejak bila insof ?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!