Ekspo Absolutely Halal Malaysia Meriah Dengan Produk Halal!



Absolutely Halal Malaysia | Nak cari pasangan yg halal tu belum jumpa, tp makanan yg halal senang je. Absolutely Halal Malaysia 2019, buat pertama kalinya di Kuala Lumpur!

Bukan selalu ada ekspo macam ni, lagi-lagi yang membawakan semua jenis makanan baik daripada dalam dan luar negara yang diyakini halal.

🗓 26hb - 28hb Julai 2019
⌚ 10 am - 10 pm
📍 Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur



Apa yang menarik tentang ekspo halal ni ialah terdapat lebih 300 booth daripada 180 syarikat berbeza, daripada makanan, produk mekap, menu untuk katering, ubat-ubatan dan makanan sampingan, dan banyak lagi la...termasuklah produk daripada usahawan-usahawan makanan di Malaysia. Jangan terkejut kalau nampak safety shoes pun ada tau. Semuanya pada harga yang berbaloi-baloi!

Lebih mengujakan sebab tiada yuran masuk dikenakan, totally free, lepas tu yang mana datang (3,000 orang yang pertama) ada peluang nak dapat goodie bag. Tak cukup dengan tu ada lagi peraduan beli dan menang hadiah misteri!



Ini port yang paling favorite! Street food yang penting semunya halal. Yang lagi best sebab ada kawasan hawker dengan tempat duduk disediakan. Jadinya tak payah nak tapau ke apa ke, lepas beli cari tempat duduk dan makan...lepas tu balik...kenyang!

Seriously banyak gila makanan yang best ada dijual, contohnya macam tauhu bakar, otak-otak, jus mangga, boba pearl milk tea, corndog, oden, cendol durian, korean food pun ada; #KakakKimchi happy bukan kepalang!


Pihak JAKIM juga berada di ekspo bagi menyalurkan informasi berkaitan pensijilan halal secara berterusan kepada pengguna seterusnya memperkukuhkan lagi tahap kefahaman mereka terhadap pensijilan halal Malaysia.

Pengguna juga turut didedahkan fungsi dan kepentingan aplikasi telefon pintar Verify Halal yang menjadi medium terpantas dalam menyemak status halal produk-produk yang berada di pasaran. Absolutely Halal Malaysia 2019 turut dirasmikan oleh Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee (Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM).



🔹 ABSOLUTELY MURAH ZONE 🔹

Selain daripada jualan produk-produk sejuk betu dan RTE, di lokasi Absolutely Murah Zone ada pelbagai jenis produk yang harganya lebih murah daripada harga pasaran tau!

✅ Harga lebih murah daripada biasa!! 😱
✅ Ada pelbagai jenis produk makanan yang dijual!! 🛒


Sally harap ini bukan kali terakhir ekspo ni diadakan...mungkin boleh buat acara tahunan ke kan...mencari yang halal tu kan wajib...hehehe...lagipun bukan hanya makanan yang perlu halal, produk sampingan pun kalau boleh cari yang bersih dan halal. Semoga inisiatif-inisiatif rahmah seumpama ini akan diteruskan dengan penganjuran Absolutely Halal Malaysia 2020 ke kan!

IG : @absolutelyhalalmalaysia
FB : Absolutely Halal Malaysia

Post a Comment

2 Comments

  1. wow bestnyeee..shin ramyun pun ada jugak ehhh..

    ReplyDelete
  2. Hari tu nampak Facebook post pasal expo ni tapi sayang tak dapat pergi sebab masa tu dah on the way balik rumah.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!