BERBUKA PUASA BERSAMA PUSAT JAGAAN KASIH MURNI & ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR



Menyeru kepada keindahan bersedekah di bulan mulia, AnCasa Hotels & Resorts, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Berbuka Puasa dan pemberian sumbangan kepada 30 orang anak yatim daripada Pusat Jagaan Kasih Murni.

Program ini merupakan acara tahunan buat AnCasa Hotel & Spa dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik sekalihus memberikan mereka sinar di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba. Tahun ini juga AnCasa mendapat sokongan dan penajaan daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd (pengangkutan) dan Kumpulan Media Karangkraf (bahan bacaan).





Selain daripada itu, AnCasa juga amat bertuah kerana buat tahun yang kedua, ADABI Consumers Berhad telah sudi berkolaborasi dengan mereka untuk memasak 5 kawah bubur lambuk untuk diagaihkan kepada orang ramai berhadapan AnCasa Hotels & Resorts. Gotong royong memasak bubur lambuk bermula seawal jam 10.00 pagi dan alhamdulillah 5 kawah bubur lambuk berjaya disediakan dan selamat diagihkan.

Pihak ADABI juga telah menyumbangkan barang-barang keperluan asas untuk kegunaan Pusat Jagaan Kasih Murni sepanjang bulan Ramadan.





Selain daripada membawa anak-anak daripada Pusat Jagaan Kasih Murni untuk membeli baju raya di JAKEL Mall, Kuala Lumpur, pihak AnCasa juga telah memberikan sumbangan duit raya sebanyak RM50 seorang dan juga wang tunai untuk kegunaan Pusat Jagaan Kasih Murni sepanjang bulan Ramadan ini.



Jangan lupa berkunjung ke AnCasa Hotel & Spa sepanjang Ramadan ini kerana mereka menawarkan seleksi bufet Ramadan dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, boleh layari laman sesawang mereka di www.ancasahotels.com atau hubungi 03-2026 6060 sambungan 7703.

Post a Comment

12 Comments

  1. this year i wont be able to join any event due to my busy schedule and i am so jealous hereeee

    ReplyDelete
  2. wah dapat berkolaborasi dgn Adabi tu..meriah betul 5 kawah tu..semoga dapat memberi kegembiraan pada sesiapa yang menerimanya

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ancasa hotel atas keprihatinan terhadap mereka yg kurang bernasib baik. Semoga terus sukses.

    ReplyDelete
  4. Terbaik.. Bagus niat murni ancasa hotel ni.. Moga diteruskan lagi dimasa akan dtg... Mesti meriah mereka kan

    ReplyDelete
  5. Bagusnya Ancasa Hotel...keep it up!!

    ReplyDelete
  6. bgus ancasa hotel..berkongsi rezeki..seronok anak-anak tu ..meriah sambutan..

    ReplyDelete
  7. Bagus Ancasa Hotel buat aktiviti macam nie kan..

    ReplyDelete
  8. Emi tak join tahun ni, busy sket. Bagus ancasa hotel ni, tiap2 tahun buat mcm ni.

    ReplyDelete
  9. Oh i like this kind of event, and hope that more CSR for the needy every year.

    ReplyDelete
  10. Bagus Ancasa buat program macam ni. Tabik pada Ancasa

    ReplyDelete
  11. Tiap tahun mesti buat program utk anak yatim.. bagus betul la..

    ReplyDelete
  12. Bagus la ada aktiviti macam ni kan. Raikan mereka sama. Baru la seronok..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!