Majlis Perkahwinan Siti Jamumall ditaja RM500K!




Jamumall.com | Siapa yang kaki scroll Facebook tu mesti sekali dua pernah terlintas masa Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani ni buat LIVE di Facebook Jamumall.com yang sering membuat ulasan tentang produk kosmetik, fesyen, produk kesihatan dan produk makanan daripada pengusaha di Malaysia.

Sally sempat ke majlis persandingan beliau yang telah diadakan semalam di Laman Kayangan, Shah Alam. Awalnya macam tak percaya bila kata dia dapat tajaan sehingga RM500K, dekat 100 pengusaha yang berminat tau tapi lepas semalam tengok ramai vendor, pengusaha, owner produk yang datang...memang salute la...even mereka yang baru berjinak dalam dunia perniagaan juga tak lepaskan peluang untuk memberi tajaan kepada pasangan Siti Jamumall dan Syafiq.





Aiskrim Potong by @icelyaiskrimpotong



Pasembor Kambing (@jokercendolz)

Antara penaja utama untuk Majlis Perkahwinan Siti Jamumall & Syafiq ialah:

- Pelamin & hiasan dewan dari Weddings by Emma
- Baju pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
- Grand wedding cake dari MadAboutCake
- VIP menu dari Rumpun Selera
- Coffee Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
- Jamu dari Seri Lady Empire Resources
- Tudung bawal bridesmaid dari Gallery Bawal
- Kain pasang diamond dari Irahsukri
- Telekung dari Pretty Aini
- Makeup set dari Zacthira Navillionniza
- Scarf dari Scarf by Mehrun
- Printed box dari Art Creation Printing
- Perfume dari Luxe Essencia Resources
- Pakej berbulan madu dari Arwarna Resort



Mee Kari Kriuk..Kriuk daripada @chefnarkitchens



Satay Ros Official (@satayrosofficial)

Hah! Ini antara vendor yang ada semalam...Memang kenyang sangat perut makan macam-macam tau...Itu belum lagi masuk semua doorgift yang diberikan semasa kita datang...Pendek kata mmg meriah la semua yang dorang berikan.

Inilah balasan kepada hasil titik peluh Siti Jamumall yang tak pernah putus tolong promosikan produk-produk daripada pengusaha tempatan, bila kita ikhlas tolong orang...sampai satu masa orang akan berbesar hati nak tolong kita kan...

Website: jamumall.com

Post a Comment

6 Comments

  1. Tak kenal siapa dia.. Sally bgtau baru tau.. Hehehe.. Selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  2. Dulu TB tak tahu sangat pasal jamumall ni.. hubby la asik citer kata view page tu kalau buat live berjuta2.. biar betikkk.. tu yang bila sebut jamumall dah tau apa dia

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Tahniah siti dan husband. Untung kan rezeki dia dapat tajaan ratusan ribu tu. meriah betul majlis dia.

    ReplyDelete
  4. Wow! best nyer kalau majlis kahwin kita pun ditajakan. Anyway the wedding looks grand.

    ReplyDelete
  5. Untung tuan empunya bdn, dr segi positif site. Dia tak berkira sering buat live di media sosial. Keikhlasannya kini, berbayar

    ReplyDelete
  6. Rezeki dia kan. Bestnya la hai

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!