DETOX - RESTORE - REJUVENATE DENGAN EASY 123.


Kalau nak di kira, beratus ke berjuta kali dah orang tanya kat Sally, "Sally tak nak kurus ke?"... Hahaha...jujurnya nak kata tak nak kurus tu bohonglah, lagi-lagi masa beli baju dan takde saiz tapi mungkin juga sebab dah terbiasa dengan badan besar dan belum nampak sebab kenapa Sally perlu kurus, senang kata dah terlalu selesa.

Sally rasa paling ketara sebab sekarang ni Sally dah lebih kepada niche makanan, food review berbanding kalau 2-3 tahun lepas lebih kepada produk. Bila dah makan makan makan, lepas tu balik menaip...lepas tu makan lagi dan begitulah rutin hariannya tanpa ada selingan senaman dan sebagainya, Sally perasan badan makin naik dan mudah jadi penat bila berjalan ke berdiri lama.


Bila diperkenalkan dengan Easy 123, Sally macam agak skeptikal sikit la...alaa...ubat kurus, supplement kurus...kalau tak jaga makan, tak bersenam mana nak jadi...tapi bila diberitahu Easy 123 ni tak payah sekat makan, boleh makan seperti biasa...Dia terus excited okay!

Jujur kata la, Sally bukan nak kurus, jauh sekali la nak dapatkan bentuk badan yang acah-acah artis KPOP tu...tapi concern utama Sally bila dah makin meningkat usia, badan makin susut daya nak mencerna dan metabolisma pun makin turun bukan macam zaman muda belia dulu.

Easy 123 ini bukannya tipikal ubat kurus tu tapi sebenarnya lebih kepada DETOX yang mencuci dan membersihkan usus kita. Kalau korang selalu sembelit, buang air besar 2-3 hari sekali...Itu ada masalah dengan sistem perncernaan korang dan Sally sangat la sarankan korang cuba Easy 123 ni.

Easy 123 ni ada 5 fungsi yang penting yang sememangnya perlu ada dalam produk detox iaitu:

1. Hi-Fiber
Berfungsi untuk membuang toksin dan menyerap kolestrol berlebihan dalam badan

2. Enzim
Enzim membantu proses penghadaman, menggalakkan penyerapan nutrien dan memulihkan sistem dalam badan

3. Kaya Anti-oksidan
Melindungi sel daripada kerosakan radikal, menggalakkan pertumbuhan sel dan membantu mencegah penuaan berlaku dengan pantas

4. Prebiotics
Membantu mengembangkan bakteria yang berfaedah dalam badan

5. Probiotics
Menggalakkan perkembangan bakteria yang baik dan berfaedah dalam badan bagi mengantikan bakteria yang jahat.


Kenapa DETOX sangat penting?

Bayangkan la selama mana kita makan ni, usus yang sebenarnya sebesar duit syiling 5 sen tu dah menjadi sebesar duit syiling 50 sen yang lama tuu...haaa...berapa banyak la kotoran yang tertinggal. Detox sangat penting sebab ia membantu membuang toksin dalam badan, meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan berat badan dan mengembalikan kestabilan sistem/usus dalam badan.

Istimewanya Easy 123 ini sebab terkandung 'super fruits' yang mempunyai manfaat yang sangat bagus. Antara 'super fruits' yang menjadikan Easy 123 ni produk yang berbeza daripada produk detox yang lain ialah kandungan Maqui Berry.

Kalau korang nak tau, Maqui Berry ini merupakan buah beri yang sangat istimewa sebab hanya terdapat di Chile. Buah ini mengandungi lebih antioksida berbanding buah-buahan yang lain. Selain daripada Maqui Berry, di dalam Easy 123 terkandung juga Goji Berry, Manggis, Blueberi, Raspberi, Blackcurrants, Strawberi, Lemon, Apple Fiber, Acacia Gum dan Buah Arhat.


So far, Sally dah guna hampir 10 hari...nak amalkan pun bukannya susah...Untuk 30-Days Clean Detox Plan, untuk 5-10 hari yang pertama amalkan satu sachet pada waktu pagi selepas sarapan dan satu sachet sebelum tidur dan selebihnya untuk 20 hari kemudian tu hanya amalkan satu sachet sebelum tidur. Campurkan dengan 150ml air, goncang dan minum..Mudah je kan?

Dalam masa 30 hari korang akan rasa badan sedikit ringan selepas pembersihan kolon, mempercepatkan pemprosesan makanan dalam badan, dan meningkatkan daya serapan nutrien dalam tubuh badan kita.

Sally dah turun 3kg dalam tempoh 10 hari ini, tapi bukanlah semata sebab Easy 123, tapi Sally juga cuba buat Intermittent Fasting (IF) selama 12 jam...hahaha...bukan sebab nak kurus, tapi sebab nak practice menghadapi bulan Ramadan yang akan datang ni...

Sampai hari ini, Sally nampak sistem pencernaan sgt bagus...Bangun pagi je dah selesai buang habis segala benda dalam perut dan mmg jadi selesa la..rasa bertenaga je sepanjang hari.


Bagi korang yang berminat untuk mencuba Easy 123 ni, korang boleh la menghubungi mereka di medium yang Sally nyatakan dibawah, Sally yakin korang takkan menyesal cuba. Ini serius! Haha

Talian Bebas Tol : 1 800 88 4411
Website : www.show-u.com.my
Facebook : www.facebook.com/MyEasy123
Instagram : www.instagram.com/myeasy123
Email : info@show-u.com.my

Post a Comment

5 Comments

  1. Bagus ni untuk mereka yg nak turunkan berat badan... Kena rajin amal

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak minuman ni.. Boleh buang toksin dlm badan..

    ReplyDelete
  3. Emi dah lama dah tak ambil supplement yg minuman macam ni. Memang plan nak start ambil supplement balik. Tapi tenfah survey jugak ni

    ReplyDelete
  4. Bagus kan zaman sekarang ni dah tak perlu runsing dah. Banyak produk yang boleh membantu untuk detox sekaligus boleh mengawal berat badan jugak.
    Kurus atau tidak, yang penting kesihatan sihat. 😊

    ReplyDelete
  5. TB rasa nak detox gak tapi tak jumpa produk apa yang sesuai.. ni baca entri sally ni rasa nak try yang ni la pulak.. hehehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!