[Ramadhan Buffet 2019] Bufet Citarasa Warisan di PWTC




Sempena ketibaan bulan Ramadan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah memperkenalkan Bufet Citarasa Warisan dengan lebih 250 jenis aneka hidangan, termasuklah 24 buah gerai makanan yang berkonsepkan sajian kampung.

Bufet akan bermula dari 8 Mei sehingga 3 Jun 2019, dengan harga RM 88 untuk dewasa, RM70 untuk warga emas yang berumur 60 tahun keatas dan RM45 untuk kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun. Selain itu, jika inginkan lebih penjimatan boleh membeli baucer "early bird" sebelum 5 Mei 2019, bagi mendapat kan harga RM75 untuk harga dewasa!







Antara menu masakan kampung yang ditawarkan termasuklah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga, Daun Kaduk serta Daging, dan Paru Kari Kawah.

Semua menu disediakan oleh Chef Suzaini Mohamed Salih selaku Cef Eksekutif bersama pasukannya. Pelbagai menu akan disediakan dan akan ditukar setiap hari. Jadinya takde la bosan kan?





Jangan lupa cuba kesemua 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis ulam-ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 13 jenis kerabu dan semestinya kena cuba kambing goreng berempah, ketam goreng dengan telur masin dan oats.





Di bahagian hidangan manis dan pencuci mulu, disedikan 8 jenis kuih muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, mousse, pudding dan 3 jenis bubur manis.





Air pulak ada pilihan seperti air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, ABC, dan juga minuman panas yang akan berubah setiap hari.



Di gerai-gerai yang tersedia, terdapat gerai yang menyediakan bubur lambuk, dan pelbagai jenis sup antaranya sup tulang kambing, sup tulang lembu, sup cendawan dan roti.

Selain daripada tu, kalau terasa macam tak nak makan nasi, boleh cuba Mee Bandung, Mee Kari, Mee Rebus, Laksa serta Tom Yam. Nasi Ayam, Roti Canai, Cucur, Sate, Yong Tau Foo, Nasi Beriani, Nasi Kerabu/Nasi Dagang, Putu Piring, Apam Balik, Tau Foo Fah dan macam-macam lagi...Pendek kata semua yang teringin tu ada disedikan oleh PWTC.



Sepanjang waktu berbuka, para pengunjung akan didendangkan dengan alunan muzik dan nyanyian lagu-lagu asli Melayu dan juga lagu terkini di Malaysia.

Jangan risau tentang surau dan solat terawih, sebab semua pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih bersama-sama imam di Surau Ar-Rahman yang berada di Aras 3, PWTC. Semua kelengkapan seperti sejadah, telekung untuk muslimah pun ada disediakan.

Pakej Bankuasi / Korporat Berbuka Puasa
PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Legar Putra dengan pakej termasuk hidangan bufet, dewan khas, sistem audio, ruang khas solat dan bayaran parkir RM5.00 untuk sekali masuk (bermula jam 6:00 petang) dengan hanya RM98.00 seorang bagi tempahan minima 100 orang.

Untuk tempahan dan pembelian baucer bufet Citarasa Warisan @ PWTC, boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau hubungi Restoran Riverside di 03-2614 6701/6702.

Post a Comment

5 Comments

  1. terus rasa lapar bila tengok makanan. bestnya. yummmyyyy

    ReplyDelete
  2. Wowww tak boleh tahan patin tempoyak dan juga ulam ulaman tu haaa...waduh ngencesss!

    ReplyDelete
  3. wow!makanan dia semuanya sedap², buat perut akk lapar laaa

    ReplyDelete
  4. da start daaaaa buffet2 ramadhan promo ni...kita pun survey2 jugak ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!