[Bukit Gambang Resort City] Menginap di EVERIA VILLAS RESORT (San Francisco)






[Bukit Gambang Resort City] Ini kali pertama Sally sampai ke bumi Pahang...Kebetulan ada masa lapang hujung minggu, terus la ke Bukit Gambang Resort City. Kalau daripada bandar Kuantan baru 35km je perjalanan, tapi kalau daripada Kuala Lumpur tu jauh sikit la kan...almost 218km baru la sampai.

EVERIA VILLAS RESORT mempunyai 126 unit secara keseluruhan dan terbahagi kepada 3 tema dan design; San Francisco, Amsterdam dan Venice. Basically dalaman dia sama je cuma interior luaran yg berbeza...kalau rasa nak feel duduk di San Francisco, Amsterdam atau Venice, boleh la sewa vila kat sini.







Sally pilih untuk tinggal di vila sebab boleh lepak serumah dgn kawan yg lain...satu vila ni ada 3 bilik, sesuai la utk 6 org...Lepas tu ruang tamu pun ada, siap dengan meja makan lagi...kalau nak borak ramai-ramai pun best...Kat luar pun boleh buat BBQ waktu malam..hehe



Kalau TER'check-in jugak pun xde masalah tau, sebab dalam toilet pun complete semua toiletries dia...Mmg selesa la tinggal kat sini...Kalau Sally dapat rumah macam ni pun dah mmg puas hati sangat, selain daripada luas, ada 3 bilik dan setiap bilik ada bilik air...ada additional bilik air lagi dekat tingkat bawah.







Vila ni ada jugak basic necessities macam peti sejuk, kettle, microwave dan teh kopi la...Tak boleh masak ya kat sini tapi kalau nak masak mee segera ke tu takde la masalah...asalkan takde bawak dapur gas ke apa nak memasak kat sini...


Ini yang paling penting untuk perempuan, walaupun kadang tu biasa kalau travel mmg jenis bawak shawl/tudung dan baju yang tak payah gosok, tapi kalau ada ni memang gembira betul.

Kalau korang tak nak tinggal di vila, ada juga pilihan suite resort yang pelbagai...Arabian atau Caribbean, sesuai la untuk mereka yang datang berbulan madu atau keluarga nak datang buat reunion atau nak kapasiti yang lebih besar untuk buat Hari Keluarga syarikat dan sebagainya, Bukit Gambang Resort City mmg tempat yang sesuai..Kalau nak cari maklumat lanjut pasal tempat ni boleh layari bgrc.com.my, email: enquiry@bgrc.com.my atau hubungi: +609-548 8000

Nanti Sally akan kongsikan tentang aktiviti yang korang boleh lakukan di Bukit Gambang Resort City tau!

Post a Comment

8 Comments

  1. Wahh bestnyeeee.. Bilik dia terbaik.. Ritu dok arabian jerk... Sini x siap lagi .

    ReplyDelete
  2. Best juga Villa ni, sesuai untuk birthday party and also private family event sebang ruangnya luas and selesa

    ReplyDelete
  3. Cantiknya tempat dia... Macam suasana rumah orag putih.. Pernh pergi gambang tapi tak lernah lagi stay hotel dia

    ReplyDelete
  4. Waaa.. Bestnya la hai.. Kita ni bila la nak merasa jalan jalan kr tempat best gini. Dapat pulak duduk kat vila yang nampak mewah gini.

    ReplyDelete
  5. Style bilik macam ni akak suka Luas, kemas dan bersih .Tersusun cantik je Nanti kalau pergi bukit gambang akak nak stay sini lah

    ReplyDelete
  6. suka tengok suasana dekat villa ni. lain dari lain .. TB pun hari tu pernah la menang contest untuk pi gambang resort tapi takde rezeki nak sampai sana.

    ReplyDelete
  7. woww building dia lawa nye.. dala colour pastel. menarik.
    jap bila awak pegi ni ? sampai ati x ajak huwaaa..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!