Review | SAFI Micellar Natural Cleansing Water


SAFI Micellar Natural Cleansing Water | Selain daripada sejenis yang malas nak jaga muka, Sally ni paling malas nak mekap sebab malas nak bersihkan mekap...Kalau dulu terus cuci muka tanpa bersihkan mekap tapi lepas tu kulit jadi teruk dan muka jadi makin kusam.

Since that Sally guna wet tissue untuk bersihkan mekap dan lagi sekali Sally dapat tau even kita guna wet tissue, mekap tu tak bersih secara keseluruhan. Jadinya, bila dapat tahu yang SAFI telah keluarkan Micellar Natural Cleansing Water mereka sendiri, mmg teruja la nak cuba!


SAFI Micellar Natural Cleansing Water merupakan pembersih solekan yang diperkaya dengan formulasi 100% bahan aktif semulajadi dan yang paling penting tidak memedihkan mata! SAFI Micellar Natural Cleansing Water didatangkan dengan 3 variasi yang sesuai mengikut kulit.

SAFI Micellar Natural Cleansing Water - ROS

Selain daripadabau wangi daripada bunga ros, SAFI Micellar Natural Cleansing Water Ros sesuai untuk semua jenis kulit yang normal dan kombinasi. Ianya membersih dan mengecilkan liang pori.

SAFI Micellar Natural Cleansing Water - NEEM

SAFI Micellar Natural Cleansing Water Neem pula sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Neem atau dikenali sebagai pokok semambu mmg telah diketahui khasiatnya sebagai penawar untuk semua masalah kulit muka.

Masalah kulit muka seperti jerawat, kedutan, pigmentasi, ‘blackhead’, kulit kering dan sebagainya, merupakan penawar yang hebat. Sifat seperti anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus, menjadikan neem mampu untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit muka yang bermasalah.

Selain mampu untuk mengurangkan parut jerawat pada muka, daun neem juga bertindak sebagai pelembap semulajadi dan ‘toner’ kulit yang efektif.

SAFI Micellar Natural Cleansing Water - TIMUN

SAFI Micellar Natural Cleansing Water Timun pula sesuai untuk semua jenis kulit, sebab ianya membersih dan melembapkan kulit.


Sally suka guna SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Neem, sebab lepas sapu nak bersihkan mekap...kulit mmg serius la rasa segar..SAFI Micellar Natural Cleansing Water juga tidak berminyak dan senang nak dibawa kemana-mana.

Walaupun kulit Sally jenis kombinasi, Sally rasa Sally ada masalah kulit muka lain antaranya kulit berjerawat, dan kulit kering. Jadinya, Sally akan gilir-gilir guna Neem dan kadang-kadang guna Ros.

So, kalau korang tgh mencari clensing water yang terbaik, dan serasi dengan semua kulit muka...boleh la cuba SAFI Micellar Natural Cleansing Water tau.

HARGA: RM 17.25 (200 ml)

Rangkaian produk ini boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI;

Website : www.safi.com.my
Facebook : www.facebook.com/SAFIMalaysia
Instagram : www.instagram.com/SAFIMalaysia

Post a Comment

7 Comments

  1. Bagusnya boleh remove makeup + cleansing juga

    ReplyDelete
  2. K.el mmg pakai safi remover yg biasa tu..tp nti bleh try yg ni

    ReplyDelete
  3. Safi dah makin maju. Banyak keluaran produk terbaru ada dipasaran. Siapa yang setia dengan safi should try yg baru ni

    ReplyDelete
  4. Wah, Safi pun dah maju keluarkan micellar water.

    ReplyDelete
  5. Murah lah.. Zaza rasa nak beli lah nanti kalau keluar bandar.. Senang pakai jenis cleanser gini cuci makeup

    ReplyDelete
  6. Bagus safi ni, satu-satu keluarkn produk.. Nad pun try ni.. Nad suka rose dan neem

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!